Tuesday, March 22, 2016

Family Day 10-12 Mac 2016

Baru berkesempatan memuat naik gambar kenangan yang tak berapa banyak dan semestinya gambar-gambar candid.


Tanggal 10-Mac hingga 12 Mac lepas Keluarga Allahyarham Buang Ismail dan Allahyarhamah Khatijah Jupri sekalilagi mengabadikan tali ikatan persaudaraan antara kami dalam program hari keluarga.Semoga akan berkesinambungan di episod akan datang.

Jutaan terima kasih kepada semua makcik -makcik tersayang dengan penyediaan juadah yang melimpah ruah.Terima kasih kepada Pemegang tabung Amanah Raya atas Dana yang disediakan.Tahun depan proposal akan disiapkan lebih awal.

Aku dan Isteri selaku ahli dalam keluarga ni mohon maaf kepada seluruh pakcik dan Makcik andai ada terlajak kata,terlanjur perbuatan yang mampu menyinggung perasaan sepanjang program ini diadakan.,begitu juga dengan semua sepupu sepapat sikulipat yang bersama-sama manjayakan program ini.

























Thursday, February 11, 2016

Hukum Akal

Ibu dan ayahnya tidak pernah solah waktu bersama keluarga dan anak-anak,apabila anaknya ditanya oleh gurunya kenapa duduk di kantin waktu solah,anak tersebut menjawab,kami dalam keluarga tiada penekanan dalam bab solah,ibu dan ayah tak pernah solah dirumah,kami hidup bahagia,aman damai,kaya dan sihat wal afiat,.apa guna solah..?

Kenapa kamu tak puasa waktu bulan ramadhan,dijawabnya,saya takut lapar dan bila lapar macam-macam penyakit mudah menular,.
Siapa beri kamu maklumat ini..?ibu dan ayah selalu beri alasan tersebut waktu bulan puasa.

Haram hukumnya berdua-duan dalam rumah dengan orang yang bukan muhrim atau mahram,perkara ini islam telah beri garis panduan dan jalan penyelesaian.
Saya yakin saya boleh elak perkara keji kerana kami bukan golongan tidak berilmu,keluarga kami juga telah restu hubungan kami.

Segala kekayaan dan kemewahan yang saya ada adalah hasil kerja keras saya sendiri.,waktu susah dulu tak seorang pun bantu saya tapi bila dah kaya ramai pula nak minta bantuan..manusia ni dihormati bila ada harta dan kuasa,itulah hukum alam.

Itulah dialog manusia dari kecil sampai peringkat dewasa dan tua..
Tapi sayangnya,Dialog antara malaikat izrail dan manusia sewaktu tamat tempoh kehidupan dunia tak ramai yang hafal atau cuba berfikir,renung-renungkan untuk umat akhir zaman macam aku..

Saturday, January 23, 2016

2016

Ujian kesakitan dan ujian kesenangan duniawi adalah dua bentuk ujian yg Biasa Allah utuskan utk umat manusia bagi menguji sejauh mana keimanan hambanya terhadap Maha Pencipta.
Manusia menganggap kesakitan,kemiskinan adalah kehinaan,kejayaan dan kekayaan adalah kehebatan,namun kejayaan sebenar adalah org yang berjaya melepasi titian sirat nanti dan buku amalannya diterima dari tangan kanan.
Semoga ramai sahabat diluar sana sedar situasi ini.
2016 ni jelajah zonjuly sampai lagi ke Kuantan bersama keluarga.Restoran pilihan kali ini menghidangkan patin tempoyak bakar daun pisang,jangan ambil nasi lebih..jom singgah cuba risipi ini.