Sunday, December 4, 2011

Makan malam di Serkam Pantai.







Lama aku tak datang tempat ni seingat aku last time aku datang waktu aku bujang dulu sampai sekarang dan tempat ni dah banyak berubah.Biasanya aku suka makan kat Umbai tapi hari ni nak tukar arah akibat Pesawat dipandu oleh Haji Herman,thanks bro jadi drebar yang sporting and mak Aji olso..makanan agak menarik tapi rasa tekak jawa aku kureng sikit nak melahap agaknya sebab orang baru kat kdai tu biasa masak utk org melaka je kot,...Bini aku masak lagi the best la..apa pun perut dah kenyang,mata dah mengantuk,pesawat hebat,syukur alhamdulillah.Next time aku nak cuba area selatan pulak lah dan kali ini insyaallah aku pulak pandu pesawat kargo...

Order untuk Disember

Terima kasih kepada pelanggan kami yang sanggup bersusah payah datang ke kediaman kami walaupun jaraknya ada yang hampir 5 jam perjalanan semata-mata untuk melihat sendiri kotak ekslusif yang kami tawarkan.Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada para pelanggan yang sudi datang mengambil sendiri tempahan yang sudah kami siapkan,semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan.Jangan lepaskan peluang sementara tempahan masih dibuka untuk bulan Jun dan July 2012.Tempahan untuk Jan,Feb,mach,Apr dan Mei masih kami terima berdasarkan kuantiti bawah 1500 pcs.Silalah sms kami atau Pm kami di facebook,search CEMILAN STATION,atau search sahaja di Google,cemilan station.TQ.



Friday, December 2, 2011

Garang


Aku sepagi ni dok depan pc mengagih-agihkan pakej promosi kami di cemilan station pada pelanggan yang tertarik.Sehingga pukul 11 pagi tadi seorang pelanggan dari Melaka menghubungi aku melalui H/P sebab nak marah aku dok link gambar aku kat wall dia tanda protest.Bagi aku wall yang tak de filter tu aku anggap bebas dan tuan tanah bebas remove post aku bila-bila masa.Apa yang buat aku hairan pemilik wall tersebut bertanya alamat kediaman kami dan berhasrat ingin datang kerumah pada hari ini juga untuk melihat hasil kerja kami.Orang jauh nak datang kami anggap tetamu dan tetamu itu harus dimuliakan manalah tahu membawa rezeki dan aku sentiasa harap tetamu aku hari ini akan memborongismon pakej cenderahati aku.Macam-macam pelanggan aku jumpa sepanjang cemilan station ditubuhkan pada awal 2009 sampai sekarang dan makin hari kami rasakan makin rapat dengan para pelanggan kami yang terlalu istimewa.Terkadang budi bahasa mencerminkan bangsa,dan bangsa itu sendiri haruslah membawa bahasa dan budi bahasa utk mencerminkan ketamadunan kaumnya.Aku takut nak menilai sekali gus nilai keperibadian seaeorang berdasarkan bahasa dan gaya mereka sebab semua tu tak cukup dijadikan tali pengukur identiti orang tersebut.Itulah manusia,ada yang berlagak baik tapi rupanya penyanggak dan ada yang berlagak gila rupanya mata-mata..(pak Polisi)..oklah,semoga bermanfaat dijadikan pedoman kerana manusia ini sentiasa berubah atau terubah mengikut persekitarannya melainkan orang yang benar-benar berpendirian sahaja mampu jadi dirinya yang sebenar sampai bila-bila.