Monday, October 3, 2011

Little Boy and Fat Man


Assalamualaikum,..

Aku jadi terharu atas dasar kemanusiaan bila membaca kisah pengeboman 2 bandar besar di jepun pada 6 ogos 1945,nak ikutkan hati memang aku kata padan muka sebab masa tu jepun dok sebok menjajah tanah melayu,tapi dari satu sudut yang lain..aku kesian rakyat yang tak berdosa jadi mangsa.Little boy merupakan bom nuklear yang digugurkan keatas Hiroshima dan memusnahkan hampir semua bandar tersebut,manakala Fat Man pula ialah bom plutonium yang digugurkan keatas Nagasaki.

Dua biji bom ini sebenarnya menamatkan krisis perang dunia kedua secara positifnya,malangnya kesan radiasi dan kemusnahan alam sekitar adalah kesan jangka panjang yang kekal dalam sejarah.Kesan radiasi bom ini memakan masa 2-5 tahun atau dalam ertikata lain,sejurus bom diledakkan berlaku kematian serta merta dan juga berlaku kematian demi kematian sehingga 5 tahun akan datang atau mungkin lebih akibat kesan bahan radioaktifnya.. cuba anda bayangkan.

Mungkin sejarah akan berulang tapi aku tak tahu negara mana bakal menunjuk kuasa dan negara mana bakal menjadi mangsa.Semuga manusia yang ditugaskan sebagai khalifah dimuka bumi ini berhenti membuat kerosakan kerana kita sebenarnya meminjam keindahan dan kedamaian dunia sementara ini dari generasi akan datang.Wassalam.

Sunday, October 2, 2011

September yang busy




Asalamualaikum,

Salam hormat utk semua,aku ada masa kira-kira 15 minit utk update zonjuly malam ni memandangkan rekod buruk mengupdate blog sepanjang September.Kisah menarik yang bakal dikongsi malam ni ialah sang kancil dengan lipan.Sinopsis kisah ni ialah,janganlah kita suka memandang rendah kejadian Allah kerana sedikit kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita.Jadilah seorang manusia yang selalu tak lupa masa silamnya dan sentiasa berwaspada dengan masa depannya kerana masa silam adalah kenyataan dan bukti kerana kita telah melaluinya,..sementara masa hadapan adalah harapan yang mana kita sendiri pun tak tahu apa bahagian kita nanti.Perkara kedua yang ingin ditekankan oleh penulis dalam kisan ini ialah,sang kancil yang kononya bijaksana selalu memperlekeh sang lipan kerana lambat pakai kasut.Sang lipan walaupun selalu diejek-ejek tidak pernah berhasrat untuk menyengat sang kancil kerana sebelum ini mereka adalah kawan baik dan mereka sangat akrab.Semoga bermanfaat,Sekian terima kasih.

Tuesday, September 13, 2011

Salam Syawal.



Assalamualaikum..

Hampir setengah purnama aku tak menjengguk zonjuly,sekali lagi aku kurang bijak menguruskan masa antara kerja dan sahabat.Syawal yang mulia kali ni aku harapkan menjadi syawal terindah buat kami sekeluarga atas segala kemudahan dan kepayahan yang telah kami lalui.Alhamdulillah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat.Tahun ni hanya sempat beraya sebuah rumah kawan baik..nasib baik sempat...kalau ada umur tahun depan aku tebus balik masa yang kami tak dapat bahagikan sama rata..itu namanya makan kurma sambil berlari..salam untuk keluarga tersayang juga semua pengunjung Cemilan Station dan khasnya zonjuly,terima kasih dari kami atas sokongan.
Selamat hari Raya.