Thursday, September 16, 2010
OLAN - Kenangan Semalam
Layan lagu ni bila rasa sunyi sebab lagu ni lagu zaman aku memuda dulu dan selalu gak buat melalak kat simpang 4 dengan gitar tong....kira ok lah tu...nak karaoke tak de duit time tu...Ni sesapa nak karaoke leh lah layan lagu jiwang Awang kenit ni..
Labels:
Video
Salam Aidilfitri 1431 H dari saya untuk semua.
Assalamualaikum..
Sambutan hari lebaran kat kampung memang best,tambahan tahun ni rumah Mak'e jadi port sanak saudara sebab Nenek Otai stay kat sana.Barulah nampak pakcik dan makcik sedara aku yang seramai 14 orang tu...itu pun ada yang tak muncul...apa nak buat..
Antara cebisan gambar kenangan masa lebaran semalam aku load kat sini sebab kat sini port aku lepak,bukan kat simpang tiga tapi zonjuly yang aku asaskan untuk tujuan riadah minda.Walaupun pada awalnya mood Raya tahun ni agak merundum,Aku bersyukur pada Allah kerana memberikan Ramadhan Al-mubarak penuh kenikmatan berbanding tahun-tahun terdahulu.Diakhir Ramadhan baru tergugat sedikit keangkuhan nafsu mungkin itulah dugaan yang perlu kita semua hadapi.Syukur sekali lagi kehadrat Allah,kami sekeluarga berjaya melunaskan amanah Allah yang diberi agar selalu bertawakal dan beramal mencari sara diri di Akhirat.
Raya Aidilfitri ni seronok takat seminggu je,berbanding Ramadhan yang menjangkau sebulan..makin dekat Ramadhan meninggalkan 1431 H,makin sayu rasa hati bukan sebab nak menyambut raya..tapi dapatkah kita jumpa lagi Ramadhan tahun hadapan...moga Allah beri kita peluang..Amin..Jom layan gambar Raya.....!Aku dapat load 30 pcs je kat sini,nak lebih boleh datang umah aku then aku kasi burn satu cd...amacam boleh...?
Labels:
Famili foto
Wednesday, September 8, 2010
Aku tak sempat betul nak update blog ni..

Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan dah kat penghujungnya,Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam yang berjuang sepanjang Ramadhan Al-mubarak.Semoga segala amal kita dibarkati oleh Nya.
Sempena Syawal yang bakal menjelang,aku selaku pemilik blog ni ingin mengucapkan selamat berhari Raya kepada para pengunjung Zonjuly.Terima kasih atas sokongan anda dan semoga aku akan terus berkarya sambil berkongsi ilmu disini.Ampun maaf andai sepanjang aku menulis dalam blog ini ada yang menyakiti mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak.Tinggal 2 hari lagi Ramadan yang penuh kemanisan akan meninggalkan kita dan aku rasa sayu dan hiba.Mungkin Allah izinkan aku untuk bersua Ramadhan 1432 H,atau tidak itu semua urusan Allah.Semoga aku diizinkan menyambut Ramadhan tahun hadapan..
Wassalam..
Labels:
Senyum Kambing
Subscribe to:
Posts (Atom)