Thursday, June 3, 2010

Pasar Payang


Assalamualaikum..

Kelantan terkenal dengan Pasar Khadijahnya,Pasar Payang pulak kat Terengganu.Lebih kurang juga struktur dan lokasinya cuma pasar Payang ni nampak lebih gelap sedikit di bahagian dalamnya.Aku sebenarnya dah malas nak meround kat situ pasai hati dah ingat nak balik Johor je...nak cari makanan pedas yang kena ngan tekak jawa aku nih...
Benda yang aku cari ada kat sini ialah bola ping pong nih...tapi tak pernah dan tak nak cuba sebab aku tak yakin dengan status halalnya,apa taknya..kalu telur penyu ni boleh dimakan..telur buaya,telur kura-kura,telur cicak..pun boleh dimakan lah yea...korang nak makan,makanlah...aku tak nak makan menda yg mendatangkan was-wasil honnas nih..!
Lagi satu serunding daging nih..nampak best kalau cicah dengan pulut kuning..make sure tak de telur lalat atau serunding tu lembab..kasi test dulu sebelum beli.
Ikan masin dan segala macam benda masin tok sah citerlah kat Payang nih...berlambak-lambak...sampai naik semak pemandangan kat situ..!hangkut jelah mana suka..bayar pada tokeh..sebab masa kat area kampung Menggabang Teliput haritu tak nampak pulak ikan masin dan sotong kering...ke.....aku yg tak jumpa kedai dia..


So kalau nak jalan Tengganu jangan lupa singgah kat pasar Payang pada akhir destinasi..sebab,lepas memborong buah tangan terus je balik negeri..Wassalam..

Tuesday, June 1, 2010

Fresh sea food


Assalamualaikum..

Kalau dah nama perkampungan nelayan,tentulah banyak makanan laut yang masih segar dan menyelerakan ada disini.Kebanyakan ikan,udang,sotong dan segala macam produk laut yang aku makan kat sini memang berbeza rasa dengan apa yang biasa kita makan kat tempat kita.Bukan sahaja harganya yang murah malah rasa lazatnya teringat sampai kedalam tidur.Kalau kita biasa makan ikan kembung kat sini,tapi bila berada di sana dan menikmati ikan kembung yang sama..apasal ikan kembung kat terengganu ni ada rasa strawbery..?macamtulah lebih kurang perbandingannya..susah nak terangkan..sindri pergi sana dan rasailah sendiri..

Macam sotong ni yang sebesar penyepit tu..aku ambil 2 ekor siap goreng dan berlaku sedikit perebutan semasa kat depan dulang tadi..hanya Rm 10 sahaja.Ikan pulak sebesar lengan berharga lingkungan Rm 4 sahaja.Acara merebut ikan,udang dan sotong goreng dimulakan apabila tuan kedai menaikkan gorengan dari kuali atau kawah besar lalu diletakkan dalam dulang.

Memang tak de istilah takpelah..kasi orang dulu...biakanlah org tua amik dulu..dan segala macam adab sopan..jawabnya kita dok pegang sepit tu sampai tutup kedai...dulang tu memang 5 saat je dah kosong...memang pelahap gila org kat situ...jadi kita kena ikut cara pelahap mereka baru dapat makan...!


Pengunjung yang datang rata-rata orang luar,tapi loghat masih Terengganu..aku je dok cakap loghat Johorean..lantaklah..nak panggil nama dia Imrang...yg penting nama dia dalam I/C ialah Imran..kat warung ni makanan disediakan ialah sea food ngan mee hitam je..tapi orang datang macam ada 100 menu...!

tokeh kedai tak kesah kalu kita makan Rm 3,bagi duit Rm 100...kalu kat sini mesti tokeh dah mintak duit kecik..!

Ayaq Nioq mesti mau kasi minum sebab banyak kalori kita sumbat dalam perut.Lagi satu air kelapa kat Terengganu nih macam ada rasa lemak masin dan berkrimlah...aku pun tak pasti dengan kejakunan aku masa kat sana..



Tang nak kondem pulak...makanan berat kat sana aku sampai mengidam bilalah nak jumpa masakan pedas dan kurang manis...sama macam kat kelantan tapi kelantan ada lah juga makanan dan masakan best..!memang aku tak tahan kalau sambal manis,kari manis,gulai manis...senyum makcik tu pun manis...!
Oklah..next update aku kasi bawak tengok pasar payang dan pantai Kemasik..
Wassalam..

Art Water



Assalamualaikum..,

Gaya dan pose ombak ni tak akan dapat diulang semula kerana begitulah lumrahnya setiap kali masa berlalu maka ia akan terus pergi meninggalkan kita.Pantai lokasi aku shoot gambar ni ialah pantai Batu Rakit Terengganu.Memandangkan takde apa yang boleh dijadikan bahan untuk aku shoot gambar di kawasan pantai ni..Ombak pun bolehlah.
Agak sukar nak ambil angel bila kita shoot benda bergerak.Hampir berpuluh-puluh gambar terpaksa diambil dan antara yang tak berapa cantik kat mata korang nilah yang aku simpan untuk koleksi peribadi aku.Tapi setiap kejadian Allah tu memang sungguh cantik dan terbaekkk...punya..!
Keadaan pantai kat area pantai timur ni agak jerlus dan bahaya untuk orang luar yang tak biasa kat situ,so aku tak berani nak turun mandi.Kalau orang kawasan tu lagilah dah tak heran.Pasir kat pantai agak kekuningan dan berstruktur kasar,tak sama dengan kehalusan pasir pantai pulau atau pasir dua butir dalam cerita laksamana Do Re Mi..
ok next update kita tengok pulak makanan ynag best kat Terengganu nih..
Wassalam.