Tuesday, June 1, 2010
Fresh sea food
Assalamualaikum..
Kalau dah nama perkampungan nelayan,tentulah banyak makanan laut yang masih segar dan menyelerakan ada disini.Kebanyakan ikan,udang,sotong dan segala macam produk laut yang aku makan kat sini memang berbeza rasa dengan apa yang biasa kita makan kat tempat kita.Bukan sahaja harganya yang murah malah rasa lazatnya teringat sampai kedalam tidur.Kalau kita biasa makan ikan kembung kat sini,tapi bila berada di sana dan menikmati ikan kembung yang sama..apasal ikan kembung kat terengganu ni ada rasa strawbery..?macamtulah lebih kurang perbandingannya..susah nak terangkan..sindri pergi sana dan rasailah sendiri..
Macam sotong ni yang sebesar penyepit tu..aku ambil 2 ekor siap goreng dan berlaku sedikit perebutan semasa kat depan dulang tadi..hanya Rm 10 sahaja.Ikan pulak sebesar lengan berharga lingkungan Rm 4 sahaja.Acara merebut ikan,udang dan sotong goreng dimulakan apabila tuan kedai menaikkan gorengan dari kuali atau kawah besar lalu diletakkan dalam dulang.
Memang tak de istilah takpelah..kasi orang dulu...biakanlah org tua amik dulu..dan segala macam adab sopan..jawabnya kita dok pegang sepit tu sampai tutup kedai...dulang tu memang 5 saat je dah kosong...memang pelahap gila org kat situ...jadi kita kena ikut cara pelahap mereka baru dapat makan...!
Pengunjung yang datang rata-rata orang luar,tapi loghat masih Terengganu..aku je dok cakap loghat Johorean..lantaklah..nak panggil nama dia Imrang...yg penting nama dia dalam I/C ialah Imran..kat warung ni makanan disediakan ialah sea food ngan mee hitam je..tapi orang datang macam ada 100 menu...!
tokeh kedai tak kesah kalu kita makan Rm 3,bagi duit Rm 100...kalu kat sini mesti tokeh dah mintak duit kecik..!
Ayaq Nioq mesti mau kasi minum sebab banyak kalori kita sumbat dalam perut.Lagi satu air kelapa kat Terengganu nih macam ada rasa lemak masin dan berkrimlah...aku pun tak pasti dengan kejakunan aku masa kat sana..
Tang nak kondem pulak...makanan berat kat sana aku sampai mengidam bilalah nak jumpa masakan pedas dan kurang manis...sama macam kat kelantan tapi kelantan ada lah juga makanan dan masakan best..!memang aku tak tahan kalau sambal manis,kari manis,gulai manis...senyum makcik tu pun manis...!
Oklah..next update aku kasi bawak tengok pasar payang dan pantai Kemasik..
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment