Tuesday, April 13, 2010

Heritage Ipoh sana



Assalamualaikum..

Hampir seminggu aku tinggalkan Batu Pahat merantau sampai ke Ipo sana.Tak banyak story menarik kat Ipoh sebab kali ni aku banyak habiskan masa di bilik hotel bersama anak aku,sementara Omi ada tanggungjawab yang perlu dibereskan di Tambun.Aku malas nak lepak tambun sebab kat luar cuaca tersangat panas dan memeritkan.So lepak je sekitar hotel dan bila petang tu ingat nak bawa anak aku tenguk race kuda..siap jalan kaki tu dari hotel ke padang yang terletak kira-kira 200 meter.Sampai je kaunter tiket...alamak..budak dibawah 12 tahun tak dibenarkan masuk...melepas la show haritu..bila anak aku tanya apasal tak masuk,aku jawab la kuda kat situ tak jadi race sebab cuaca panas..nanti kuda tu batuk..adalah lebih baik balik hotel.
Kalau turun bandar Ipoh kitaorang biasa lepak Heritage je sebab dekat nak tuju dan serapan pagi pun boleh tahan sedap.Lunch hour biasa aku makan kat satu restaurant kat area jalan pasar yang pernah aku cerita dalam post aku yang sudah,tapi malam hari...alamak... malap la..nak cari tempat makan macam susah sikit terpaksa la aku gasak nasi kandar..apa nak buat.
Hari sabtu tu birthday isteri aku so kita orang sambut secara sederhana je dengan menikmati pizza,no cake.Gambar birthday pulak "PNC"..so tak dapat la aku nak upload kat sini sebab berada diluar kawasan.Apa yang aku rasa kebetulan,dah dua tahun isteri aku sambut birthday kat perak masuk tahun ni.Tahun lepas kat Ipoh Parade,tahun ni kat heritage je lah..tapi on sunday tu kitaorang lepak area majlis perbandaran Manjung sampai selasa pagi baru check out..Insyaallah aku kasi upload suasana kat sana dalam next update...wassalam..





Monday, April 5, 2010

Cepat dan pantas masa berlalu..


Assalamualaikum..,

Harini aktiviti harian banyak dihabiskan bersama keluarga sambil mengunjungi kedua orang tua kami di kampung.Lepas balik rumah bapak,sebelah petang aku terus kerumah mak mertua kat kampung sebelah.Omi pegi urut dalam sejam aku pulak check kebun durian abah kat seberang jalan tadi,alhamdulilah ada 3 biji rezeki Allah bagi.Jumpa wak karto masa dok mengintai celah-celah semak kat kebun durian tu.Sembang punya sembang tak perasan pulak rokok dah tinggal kotak je...sangap beb..
Biasalah bila berbual dengan orang tua,macam-macam petua dapat dikongsi disamping cerita masa silam yang melucukan.Pernah satu ketika isteri wak ni baru melahirkan anak sulung,waktu tu dalam tahun 1970an,aku pun belum lahir..rumah sentiasa dikunjungi sanak saudara silih berganti.Nak dijadikan petua dalam cerita,wak karto ni tanya aku macamana nak didihkan air dalam ceret dengan sekelip mata...pergh..pakai magic la aku jawab..wak karto teruskan cerita sambil menyedut rokok daun kat mulutnya,aku cuma tahan sebak je sebab rokok aku dah habiss..senang je katanya.Bila ramai tetamu,orang zaman dulu tak akan sediakan air sejuk sebab nanti tetamu tu balik cepat,para malaikat rahmat pun cepat juga beredar.So nak buat para malaikat Rahmat lepak lelama kat rumah kita kenalah kawal tetamu supaya jangan lekas balik..aku pun baru tahu ni.Moral of the story,jangan halau tetamu anda kerana tetamu membawa para malaikat rahmat bersama kerumah anda..!
Masukkan satu atau dua sudu gula pasir kedalam air yang nak direbus tadi.Menurut sains,air yang mengandungi paras gula lebih cepat didih dari air kosong biasa.Aku terus test kat rumah dengan mengambil masa dua kaeadah mendidihkan air ni.Hasil eksperimen aku mendapati,air yang bergula didih lebih cepat 10 minit(mengikut cerek dan jumlah liter isipadu air)mendidih dari air paip biasa tanpa kandungan gula.Cerek air aku mempunyai isipadu 2 liter dengan setiap isian penuh,kalau anda ada cerek lebih besar isipadu airnya, korang test sendiri.
Kat rumah biasanya kita merungut bila gula dalam balang dipenuhi sang semut,lelagi semut halus..nak elakkan semut tu dari menjajah balang gula kita,letakkan beberapa ketul cengkih dalam balang tadi dan insyaallah gula berbau wangi,semut pun tak nak dekat.Terima kasih Wak Karto Kermowijoyo..
Itu dari Wak Karto,ni ada satu petua yang aku amalkan sejak dari zaman dulu lagi.Untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kereta dan dalam peti sejuk ialah dengan meletakkan seketul arang sebesar penumbuk kedalam dua benda ni.Kalau kereta tempat paling sesuai ialah dibawah tempat duduk hadapan,kalau peti sejuk pula ikut suka andalah kecuali kat bahagian freez..ok selamat mengetes..!
Dulu aku paling jaki bila tenguk ada daki pada puting botol susu anak aku,dah cuba rebus sampai setengah hari pun masih tak hilang..rupa-rupanya cara merebus tu dah betul,tapi perlu tambah sedikit garam dalam air panas tadi dalam sesudu dan biarkan beberapa minit.hasilnya daki hilang dan bau masam pun hilang,tak perlu guna Febreez..!selamat mencuba.

Thursday, April 1, 2010

Bulan April 1st..

Assalamualaikum..

Hari ni genap 1 april bulan keempat tahun 2010,aku kena conteng gak blog ni sebab nak kejarkan angka 1st tu walaupun sebenarnya aku belum bersedia nak update blog aku awal bulan nih..lagipun ni dah nak dekat waktu maghrib...apa pojek lah aku ni dah nak maghrib pun gasak ngadap komputer..malam ni nak gi jumpa wak Asmak,Sahom dan Mambera sebab kerja siang tadi tak beres lagi..kerja apa..?nantilah dah siap nanti aku kasi upload kat sini tapi dalam 2 atau 3 bulan lagi kot...ok jom tunaikan kewajipan..

Wassalam..