Saturday, February 6, 2010

Sotong 'Ganu"sambal paprik tomyam



Assalamualaikum..
Hari ini aku lunch dengan sotong dari Terengganu dimasak sambal paprik tomyam.Semalam masak ketam lemak cili api tapi tak sempat shoot gambar..dah habis makan baru ingat nak amik gambar..maaf lah ketam sebab tak sempat amik gambo ko..
Macamana nak masak..?kalau ada sesapa nak cuba risipi ni aku shere kat sini.
Kalau untuk hidangan 3-4 orang makan cuma perlukan kira-kira 400gm sotong segar siap siang(kalau nak result yg best elok guna sotong besar) dan toskan airnya.Bahan asas untuk paprik ialah:..

Cili padi,(hiris kecil)
Bunga kantan sebiji,(Hiris kecil)
Bawang besar sebiji,(potong wadges)
Bawang putih 4 butir,(cincang halus)
Daun limau purut 2 helai,
Serai dua batang,(hiris nipis)
Cili Boh,Oyster sos,Cili sos,Tomato sos,(2:1:1:1)
Asam jawa(Pes lagi bagus)bubuh hujung sudu je..


Ok..panaskan minyak dan mula dengan tumis bawang putih,daun limau,cili padi dan serai hingga wangi.Masukkan pula cili boh dan tumis dengan api sederhana hingga naik minyak(masak).Baru masukkan oyster,cili sos,tomato sos,sedikit air dan pes asam tadi.Didihkan hingga kuah agak pekat.Bolehlah season
dengan garam dan gula..
tak payah aji lagi baik..

tapi kalau kaki aji bubuh jelah...takut tak lalu makan pulak tak letak aji..Dah siap Sos paprik kita.Nak jadikan nama dia paprik tomyam..masukkan sebungkus pes tomyam adabi dalam sos tadi reneh hingga sebati..
Sekarang bolehlah kita masukkan sotong yang dah siap tos tadi,jangan guna api besar..reneh dalam 2-3 minit dah cukup sampai masak dan sotong mula bergulung...
Sos ni sesuai juga kalau nak gantikan ngan masakan lain seperti ayam atau ikan..kalau ayam ambil isi atau potong kecil dan gureng terlebih dulu..sama macam ikan pun elok goreng dulu.Selamat mencuba ..!

Friday, February 5, 2010

Khasiat dan keajaiban susu Ibu.




Assalamualaikum..,
Satu keajaiban susu Ibu buatan Allah yang aku nak shere..Thank's "samax"atas info ni..
Kenneth Hampson sedang memandu disebuah kawasan belukar di Bulawayo,Zimbabwe, pada 2 November 1982,apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.Lelaki itu turun lalumembuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan.Tetapi sebaikpenutup bonet terbuka,dia terkejut apabila seekor ular tedung selarmuncul dari celah-celah engin kenderaannya.
Ulartersebut tidak memagut Kenneth, sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu. Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas.Penglihatanya juga menjadi kabur.
Kennethbernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melaluikawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan.Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Keneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi. Kemudian, Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.
Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan,doktor mberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya.Kata doktor,tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadibuta.Menurut doktor tersebut, semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya.Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.
Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?
Jelas doktor,ini terjadi kerana susu ibu boleh meneutralkan neurotoxin, mencairkan racun serta melegakan kesakitan.
sungguh mujarab susu ibu ni rupanya...

Sumber dan artikel asal:samax Hantar pada 19-11-2009 07:53

Wednesday, February 3, 2010

Botani Part 2



Assalamualaikum..
Taman Tasik Botani Negeri Johor yang aku dok lepak selalu ni memang best lah bagi orang luar,kalau aku pulak dah jemu pun terpaksa juga lepak kat sini tenangkan fikiran..tambahan lagi dekat dengan rumah aku,ke duanya free tak payah bayar,ke tiganya anak aku dengan isteri aku pun suka lepak sini petang-petang..dulunya masa aku zaman sekolah..kawasan ni memang tak terurus mungkin sebab kawasan tu tak ada potensi untuk diketengahkan,sehinggalah pada tahun 2008 kawasan yang asalnya bekas lombong bijih besi ini diambil alih dan dikawal selia oleh pihak kerajaan Negeri sebagai taman rekriasi merangkap tapak semaian lanskap bagi seluruh negeri Johor.Ada masa kalau turun Batu Pahat marilah singgah ke sini sapa tahu dapat memberi anda satu ketenangan yang tidak terdapat di tempat lain..
Taman tasik Botani ni terbahagi kepada dua buah tasik,satu tasik dibahagian bawah dan satu lagi tasik terletak di bahagian atas sekali tetapi jarak antara kedua tasik ini hanyalah kira-kira 70 meter sahaja.Bahagian tasik paling atas diberi gelaran tasik Biru oleh penduduk setempat kerana kedalaman tasik ini mencecah sehingga 300 meter dari aras laut.Menurut sumber,kawasan seri medan terkenal dengan pengeluaran bijih besi berkualiti tinggi seatu masa dahulu selain terkenal terkenal dengan panggilan pekan terapung...(sebab selalu kena banjir daaa..)sekarang tak lagi..
Gambar ni aku shoot dikawasan tasik biru..oklah jangan lupa turun tasik petang ni...