Salam Jumaat,hari bahagia seluruh umat Islam serata dunia.,semoga Allah beri kebarkatan kepada umatnya.
Tahukah anda dalam mengejar kejayaan akan ada bersamanya kekayaan,sama ada kekayaan harta dunia atau kekayaan Taqwa kepada Allah.Kegagalan tidak semestinya akan jadikan anda miskin,kerana ada dua pilihan disitu,miskin harta tapi kaya Taqwanya,itulah yang terbaik walaupun kita rasa diri ini tak layak bersama masyarakat...mungkin itu kata anda,tapi kata saya,semua itu adalah corak perjalanan hidup yang anda lakar sendiri.Allah sediakan banyak lorong2 kehidupan yang mana setiap lorong yang anda terokai,akan ada berpenghujungnya.Penghujung lorong tersebut boleh diramal tapi anda tak mampu nak lihat sebelum anda tamat penjelajahan tersebut.
Seorang sahabat memilih lorong "X" untuk jadi kaya,disanjung dan ada kuasa maksima dalam masyarakat..,tapi lorong yang dipilih tersebut bermula dengan jalan kebatilan yang nampak lebih mudah dan ringkas kalau nak dibandingkan dengan pilihan lorong lain.
Bermula dengan menerima rasuah Rm 5 juta untuk memulakan satu,dua malah banyak cabang business.Dia kini berjaya dapat apa yang diingini dan mampu menarik nafas lega,malah bersyukur kerana Allah beri dia kejayaan.Apa kata beliau tentang dosa menerima rasuah sewaktu mula2 beliau memijakkan kaki memasuki lorong "X"..??Pastinya Allah maha pengampun..akan bertaubat kemudian hari..tapi kata saya bagaimana..?sanggupkah kita pusingkan masa utk kembali kezaman asal sewaktu bercita2 memasuki lorong "X"..?sanggupkah atau mampukah beliau muntahkan balik apa yang telah dimakan sekeluarga selama bertahun2..sedangkan beliau tahu rasuah itu dosa waktu mula2 berhadapan situasi tersebut.
Penghujung lorong "X"hanya Allah yang tahu bagi sahabat ini,..kalaupun aku tahu hanyalah spekulasi manusia biasa yang selalu mereka2 cerita,so no komen.Aku pegang pada banyak Peringatan yang Allah beri dalam Alquran yg mana walau sebesar zarah pun dosa yg kita lakukan,tetap akan di Hisab di yaumil Mahsyar nanti.
Ingatlah satu pesanan emas orang berilmu,,
"KEKAYAAN ADALAH HAMBA YANG SANGAT BAIK,TAPI MERUPAKAN TUAN YANG SANGAT JAHAT"
Jadilah seorang manusia yang sentiasa menjadi Tuan kepada kekayaan sementara yg Allah beri,jangan Kekayaan tersebut pula menjadi Tuan dan anda jadi hamba kepada kekayaan tersebut sampai lupa amanah yang Allah sandarkan kepada anda..
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment