Thursday, July 19, 2012

An anniversary

Kali ni aku ke Guangzhou dengan harapan memberi kepuasan kepada 5 org peserta yang pertamakalinya melawat benua China.Bukan makan angin,tapi trip kali ini aku dan Puan berhasrat agar lebih ramai lagi anak bangsa kita yang sanggup bekorban utk berjaya dalam perniagaan.Bumi Guangzhou yang penuh cabaran ini bukan sekadar tempat berniaga,tapi penuh dengan ilmu dan selok belok perniagaan yang tak dapat kita lihat di tanah air kita.Ketelusan dan kerja keras tak mengenal erti jemu merupakan bukti bangsa mereka memang arif dalam perdagangan.Aku teruja dengan ketelusan,saling tolong menolong dalam perniagaan tanpa rasa cemburu.Tiada sifat buruk sangka sesama peniaga dan paling ditakuti ialah pertalian sesama peniaga walaupun rata-rata peniaga menjual barangan yang sama dalam satu daerah atau wilayah.Aku susah nak gambarkan fenomena ini  kecuali anda sendiri kesana dan melihat mereka berniaga.

Alhamdulillah barang dagangan kami akan sampai sebelum aidilfitri nanti.Beberapa barang yang mampu kami bawa pulang awal sudah pun sampai ketangan tuan punya dengan selamat.Next trip kami akan pergi dengan kadar peserta yang lebih ramai lagi dan semoga hajat kami dimakbulkan Allah.

Walaupun dikalangan peserta tak tahu,kami sebenarnya sambut ulang tahun perkahwinan kami disana dalam keadaan besederhana,penat,letih tapi kami gembira kerana peserta kami suka.Masing-masing teruja dan gembira walaupun pada awalnya mereka menyangka bumi Guangzhou sama macam bandar Batu Pahat sahaja,..rupanya,100 x lebih dahsyat..!

Aku tak upload gambar peserta memborong sebab mereka tak minat bergambar akibat terlalu teruja suasana baru dalam hidup mereka.Itulah perasaan kami waktu mula-mula menjejakkan kaki ke sana.
















Antara foto candid yang sempat aku shoot dan jadi bukti trip kali ini memang mencabar.

No comments: