Monday, June 7, 2010

Tengok-tengok bila makan..

Assalamualaikum..

Zaman ni kita jarang makan kat rumah,sebab tak sempat masak atau makan luar lebih ada "Class"..?Apa-apa pun pastikan kita lebih cerdik dari perut kita.Sila pastikan makanan tu tak mendatangkan was-was,Jangan sekali-kali kita mudah memesongkan hukum Allah atau menghalalkan sesuatu yang sudah ada dsalam hukum Allah.Jangan mudah pecaya kenyataan yang dibuat oleh orang bukan Islam mengatakan.."Ini tempat memang Halal punya.."...."...Kita sudah ada sijil halal dekat pintu sana..mesti Halal punya.."apasal pulak aku nak percaya cakap ko sedangkan ko bukan orang islam..?persoalan sedemikian perlu ada dalam jiwa setiap Muslim...

4 minggu lepas dalam perbualan dengan seorang kenalan, dia kata selalu ke Victoria Station. Makanan yang dia paling minat ialah Escargo, aka Siput Darat/Babi.

Bila saya kata Siput Darat adalah haram berdasarkan apa yang saya belajar di sekolah dulu, dia agak terperanjat dan tidak berapa yakin dengan kata-kata saya.



Lagipun dia kata Siput Darat tu amat sedap. Dia bertanya, kalau haram kenapa ada jual di Victoria Station yang ada tanda halal.

Suka hati kau lah, kata saya. Macam dah takda makanan lain dalam dunia ni.

Persoalan saya:
1. Walaupun Sijil Victoria Station telah ditarikbalik, adakah mereka masih mempaparkan halal di situ? Tiada tindakan susulan ke?
2. Mengapa tiada program khas mingguan mengenai makanan halal haram dalam media untuk orang-orang tua bangka macam saya yang jahil ni?
3. Setengah Restoran mungkin dapat halal untuk sebahagian daripada makanannya. Bermakna sebahagian daripada menunya yang lain adalah SYAK. Tapi Sijil Halal TERPAPAR kat pintu masuk, SEOLAH-OLAH SEMUANYA HALAL.
4. Sebahagian daripada kedai KEK menggunakan gelatin ( tidak halal ) dan alcohol untuk setengah produknya. Di samping itu ada juga produk yang halal. Macam ini boleh mendapat pengiktirafan jenis apa ni jika mereka memohon untuk sebahagian daripada produk yang halal saja?
5. Mungkin kebanyakan Restoran di dalam Hotel di Malaysia yang dikerumuni Umat Islam tiada sijil halal. Mengapa tidak war-warkan dalam MEDIA hal seperti ini untuk create awareness pada Umat Islam?

Apa tindakan pihak berwajib seperti JAKIM, semua Jabatan Agama Islam Negeri dan Persatuan Pengguna Islam dalam semua hal ini?

Untuk saya buat masa sekarang ialah tidak masuk ke Restoran bukan Islam dan Restoran Siam.

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Nora ini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus
bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYEatau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak )..: Madam K wan 's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM,Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halalJAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

No comments: