Ada kalanya kita tak perasan apa yg kita selalu doa dah atau sedang diperkenan,tapi kita selalu lupa,itulah aku sebagai manusia.Nasihat aku utk semua,jangan berhenti meminta kpd Allah,jangan pedulikan apa org kata,buat sahaja dan Allah sangat malah Maha bijaksana dari sekalian makhluk.Jangan minta kepada yg lain kerana selain Allah,semua tu adalah makhluk sama macam kita.
Sunday, October 23, 2022
Kampruuu..
Apa nak update,banyak perkara berlaku suka dan duka namun agak payah aku nak terjemah.Biarlah pengalaman itu jadi ilmu yg Allah sampaikan melalui kehendaknya.
Labels:
Senyum Kambing
Sunday, September 18, 2022
Mersing family vacation
2 minggu lepas lepak Mirage,minggu ni bawak abg pulak kat Bayu,pulau yg sama.Antara pulau² yg paling best kami sekeluarga kunjungi.Dah habis episod pulau dan pantai,next trip nak cari hutan negara plak.
Labels:
family trip
Sunday, August 28, 2022
Restoration 2001-2022
Jentera zaman muda,jentera pertama,masih bernyawa dan berfungsi dengan jayanya.
Motosikal ni dibeli tahun 2001 dan berhenti berkhidmat secara total tahun 2010.Tinggal sepi ditepi bangsal,tak bermaya.
Awal bln June 2022 baru tergerak nak restore balik walaupun modalnya bukan kaleng².Sparepart model ni agak payah dan harga sesukahati diletakkan,apa nak buat kita dah niat nak baikpulih,kena tabah..
Kos ditanggung biarlah aku jek yg tahu,anggaran sebiji motor baru jugalah..
Alhamdulillah hari Jumaat semalam siap dan baru pagi tadi sempat ambil bawak balik.
Hampir 90% part adalah original tak ditukar,hanya beberapa part yg terpaksa ditukar kerana tak boleh digunakan lagi.
Labels:
Senyum Kambing
Subscribe to:
Posts (Atom)