Tuesday, February 21, 2023
Tanjung Jara Resort
Claim reward utk bawak family lepak 2 mlm kat sini,ombak kuat tak de port nak mancing,lepak pantai,makan tido jek..
Labels:
Senyum Kambing
Wednesday, January 25, 2023
Awal tahun 2023
Awal tahun ni masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yg nampak tak berapa rancak.Usaha tetap kami laksanakan atas izin Allah,semoga kami dipilih antara berbilion insan yg berusaha membangun ummah.
Program beriadah bersama staff selesai terlaksana 20-23/1 tempohari,walaupun keadaan cuaca tak berapa menghiburkan.,syukur Alhamdulillah kami berjaya rialisasikan impian mereka.
Projek sambung belakang terpaksa dihentikan sementara atas faktor cuaca,harap² tak berpanjangan.
Sedikit perkongsian ilmu utk peringatan diri dan keluarga,semoga bermanfaat.
Resam dunia,pagi iman kita sekuat besi,menjelang petang dah lembik macam tahu.,itulah iman kita umat akhir zaman yg mana Rasulullah pernah bagitahu sahabat baginda.
Terimalah teguran atau sindiran atau apa jua pelajaran dari mulut orang lain kerana kalam atau perkataan dan perbuatan itu datang dari manusia hakikatnya isi atau intipati tersebut adalah dari Allah,kita sebagai hamba hanyalah menyampaikan.Terkadang kita leka dan alpa atas muka bumi,kita jadi riak dan sombong dengan sedikit kehebatan yang Allah pinjamkan untuk menguji iman kita.
Labels:
cemilan station
Tuesday, December 20, 2022
Akhir tahun 2022
Apa nak update tak de yg menarik sepanjang tahun ni.Suka duka sepanjang tahun ni terima kasih Allah Alhamdulillah.
Aku ada lagi satu mainan baru dah nak ujung tahun ni,tapi rupanya lembap dia refail energy..buat ada² bolela..huhuhu.
Ada petikan ayat dari org bijak pandai yg ingin aku kongsi,bahasanya halus dan perlukan tafsiran mendalam agar iman kita sentiasa terjaga.
"Bersyukur dengan pemberian yg ada dalam kotak kita,tak perlu risau isi kotak orang lain."
Maksud tersirat dan tersuratnya,Allah beri rezeki atas kebijaksanaannya,atas kehendaknya,atas ilmunya,jadi sbg hamba kerdil jgnlah kita persoal kenapa begitu dan kenapa begini.Tak perlu nak sebok bandingkan rezeki kita dgn rezeki org lain,ujian kita dgn ujian org lain.Kalau itu jadi sikap kita,confirm hidup kita tak akan aman,iblis adalah makhluk paling gembira kerana sikap kita tersebut.
Banyak tafsiran boleh kita definasikan tapi bergantung sejauh mana syukur dan iman kita kepada Maha Pencipta.
Moralnya,jaga iman kita,jaga keluarga kita agar perjalanan menuju alam kekal abadi lebih cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)