Tuesday, May 26, 2020

Salam Aidilfitri 3 syawal 1441 H

Sambut raya seadanya,alhamdulillah boleh jumpa Bapak dan Mak mertua berhari raya.Tak de yg paling istimewa aidilfitri ni selain dapat bermalam di rumah orang tua.
Kuih muih semua dah sedia utk makan anak beranak,tak dapat beraya keliling kampung pun tak kisah.
Projek sblm syawal semalam tak siap lagi permintaan isteri tersayang.Kita buat yg terbaik selain kepuasan memperagakan hasil seni.Kita tak jual,kita buat de
ngan kasih sayang..🤣🤣🤣
Selamat hari raya aidilfitri,maaf salah silap saya di zonjuly utk semua.

Thursday, May 14, 2020

21 Ramadhan 1441 H

Masih dalam mood PKP walaupun dah masuk zon malam 10 akhir Ramadhan.Tak de pikir mood raya taun ni,cuma nak settlekan baju budak² ni sblm raya..,kalau tak mahu 'ngapalkan' tiap malam.
Jom banyakkan amal dalam bulan ramadhan,semoga Allah izin setiap amalan yg kita buat sepanjang ramadhan..aamminnn

Saturday, April 25, 2020

PKP 02 Ramadhan 1441 H

Masih dalam mood kawalan pergerakan akibat covid 19.
Wabak ni Allah izin menjalankan tanggungjawabnya kerana taat kpd Allah.
Kita sbg hamba juga jangan selalu langgar perintah Allah.
Puasa tahun ni Allah bagi nikmat sejuk,tak penat,tenang baca quran,lantaran berada dirumah.Walaupun wabak ni birupa bala,namun Allah tetap bagi nikmatnya kat situ,Alhamdulillah .
Latihan ni Allah ajak kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.Sebab Allah adalah sebaik² perancang.
Mainan baru sampai 2 hari lepas,plan nak siapkan rumah kecil tiang 1k tu yg dah makan masa 3 tahun.