Thursday, May 14, 2020

21 Ramadhan 1441 H

Masih dalam mood PKP walaupun dah masuk zon malam 10 akhir Ramadhan.Tak de pikir mood raya taun ni,cuma nak settlekan baju budak² ni sblm raya..,kalau tak mahu 'ngapalkan' tiap malam.
Jom banyakkan amal dalam bulan ramadhan,semoga Allah izin setiap amalan yg kita buat sepanjang ramadhan..aamminnn

Saturday, April 25, 2020

PKP 02 Ramadhan 1441 H

Masih dalam mood kawalan pergerakan akibat covid 19.
Wabak ni Allah izin menjalankan tanggungjawabnya kerana taat kpd Allah.
Kita sbg hamba juga jangan selalu langgar perintah Allah.
Puasa tahun ni Allah bagi nikmat sejuk,tak penat,tenang baca quran,lantaran berada dirumah.Walaupun wabak ni birupa bala,namun Allah tetap bagi nikmatnya kat situ,Alhamdulillah .
Latihan ni Allah ajak kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.Sebab Allah adalah sebaik² perancang.
Mainan baru sampai 2 hari lepas,plan nak siapkan rumah kecil tiang 1k tu yg dah makan masa 3 tahun.

Thursday, April 2, 2020

PKP BOX

Tak boleh keluar rumah tanpa urusan sangat penting,hari ni hari ke 16 PKP dan Batu Pahat dah RED zone.Covid dah berada dikawasan kami,so jgn keluar rumah.
Sakit mata dah selesai menyerang anak² dan isteri,dan semua dah baik sampai giliran aku, taiko akan kena last sekali,kira syukur dapat bertahan sampai semua dah baik baru tembus kat aku.
Mari teruskan amalan zikir setiap waktu.,kita dah diambang paling hujung dan paling hampir dengan bencana akhir zaman.Jangan tunggu nanti ,jangan kata sekejap,bertindak sekarang.
PKP box ni ambil masa dalam 5 hari utk siap sepenuhnya sebab senibenanya agak memecahkan salur otak yg sumbat.Tatal kayu campuran pine wood, meranti dan chengal diadun jadi satu.Masalahnya terpaksa guna bahan finishing yg terhad sebab hardware tak bukak,begitulah hasilnya.
16" x 18" x 9"