Thursday, April 2, 2020

PKP BOX

Tak boleh keluar rumah tanpa urusan sangat penting,hari ni hari ke 16 PKP dan Batu Pahat dah RED zone.Covid dah berada dikawasan kami,so jgn keluar rumah.
Sakit mata dah selesai menyerang anak² dan isteri,dan semua dah baik sampai giliran aku, taiko akan kena last sekali,kira syukur dapat bertahan sampai semua dah baik baru tembus kat aku.
Mari teruskan amalan zikir setiap waktu.,kita dah diambang paling hujung dan paling hampir dengan bencana akhir zaman.Jangan tunggu nanti ,jangan kata sekejap,bertindak sekarang.
PKP box ni ambil masa dalam 5 hari utk siap sepenuhnya sebab senibenanya agak memecahkan salur otak yg sumbat.Tatal kayu campuran pine wood, meranti dan chengal diadun jadi satu.Masalahnya terpaksa guna bahan finishing yg terhad sebab hardware tak bukak,begitulah hasilnya.
16" x 18" x 9"




Sunday, March 22, 2020

Kuarantin 14 hari

Langkan mengurangkan penularan wabak covid19 yg sangat berbahaya oleh KKM.
Kurangkan aktiviti berkumpulan termasuk berada dikawasan sesak.
Innshaallah Allah beri jalan keluar walaupun wabak ini adalah amaran atau tanda yg Allah beri utk satu keadaan yg lebih dahsyat.
Kita berada di akhir zaman.
Hari ini hari ke 5 tempoh kuarantin seluuruh negara.
Kami sekeluarga sdg berdepan virus sakit mata sebenarnya,mula² abg shukrey,sekarang adik dah kena.
Pagi ni Omi plak mula mata berair².
Dalam tempoh terdekat mungkin aku pon terjebak tapi biasanya aku ada kuat sikit berbanding diorang,maklumlah aku kan hero diorang huhuhu..tapi kalau nak kena ya aku redho..ujian tu..
Aktiviti  kemas kedai berjalan macam biasa,hari ni last finishing,touch up final sblm masuk karpet atau vinil tak confirm lg.
Kopi ais hongkong style Puan Mintri sumber manusia buatkan utk  Babah,fuhhhhh ..padu beb.

Thursday, March 19, 2020

Latihan Allah beri,wajib redha

Sedang bertapa sekeluarga dirumah selama 14 hari.,hari ni hari yg ke 2.
Semoga semua bertabah menjalani tempoh kuarantin.
Dalam sejarah seumur hidup ini Allah datangkan ujian yg sangat hebat.
Tiada lagi solah jemaah dimasjid,tiada lagi kedai kopi,tiada lagi kenduri kendara.
Alhamdulillah stock semua cukup,.
Mungkin ini satu latihan Allah nak beri sebelum bencana dan ujian bakal mendatang.Macamana suasana Dhuhan nanti,macamana situasi Dajjal muncul nanti,?Wallahualam..
Mainan baru sampai tadi,alhamdulillah padu..huhuhu..