Kawasan ni bakal dibangunkan menjadi seperti Bukit Bintang,dan kawasan bebas cukainya bakal digantikan Times Square 2015 nanti,bezanya kawasan Bukit Bintang atau Bintang Walk jauh dari laut,kat sini tepi laut,best agaknya.Dulu kawasan ni nampak agak klasik berbanding sekarang sebab proses pengubahsuaian mula dijalankan secara berperingkat.Dua atau tiga tahun lagi aku kesini mungkin kerusi tempat Omi dan Shukrey ni duduk dah tak de dan digantikan dengan deretan kedai kot..so sapa nak merakam nostalgia kawasan ni bolehlah berbuat sekarang sebab lain kali tempat ni dah tak de dah..
Thursday, December 6, 2012
Mandi kolam
Menunaikan hajat si Budak ni nak mandi Kolam Renang,sebab kolan depan rumah aku tu tak sesuai untuk "Ciblon"dapatlah kira-kira 1 jam berendam pastu dah biru terus masuk bilik.Tinggal beberapa minggu lagi nak naik sekolah dan lepasni bermulalah era persekolahannya.
Labels:
Senyum Kambing
Steam Boat
Steam boat kali ni berlainan gaya dari yang biasa kerana pakej buffet yang ditawarkan.Makan sampai Muntah tak habis rm 20 satu kepala,so next time kitaorg datang lagi.Tapi awas..kedai ni ada taktik tersendiri dalam buffet area,ada disediakan mee goreng,nasi lemak,salad dan pelbagai hidangan berat.Kalau silap percaturan dengan makan makanan berat dulu..maka kita memang tak larat nak layan steam boatnya,segala macam air termasuk cold drink atau minuman bergas juga disediakan.Kami memang tak layan semua tu sebab nak fokus kat steam boat sahaja,jadi memang dapat makan banyak..!
Ini cendawan "citake"mahal harganya dan kat buffet area pun sikit je tokeh letak..lambat top up pulak tu...sapa cepat dia sebat dulu..dahlah beratur nak tunggu turn right..
Daging ada bermacam perisa,black papper,kunyit,satay dan apa lagi akutak sempat nak kaji.Oleh kerana tokeh kedai ni pemalas,maka kami terpaksa masak sendiri daging ni.
Seafood macam biasa,cuma anak ketam tu tak sewajarnya diletak kat buffet area kerana masih kanak-kanak usia ketam tu ,mana ada isi.kasi update bro for the next time..!
Labels:
Hari ini punya menu,
Kembara,
Senyum Kambing
Subscribe to:
Posts (Atom)




