Friday, May 14, 2010

piala Thomas


Assalamualaikum..

Perlawanan antara Malaysia dengan China langsung tan mendebarkan aku..Pemain Malaysia macam tak cukup semangat walaupun puluhan ribu manusia berjemaah menunaikan solah maghrib di stadium Bukit Jalil.Kalau nak ikitkan Malaysia sepatutnya membawa perlawanan ke rubergame,ini straight side...sungguh said aku rasa..langsung tak memberikan tekanan terhadap pemain China..aku rasa kena tukar jurulatihlah kalau nak piala Thomas kembali ke genggaman.Ahhhh..malas nak cerita lebih..Ahad ni dok depan TV tengok Cina lawan Indon..Boring dengan corak bergaya para pemain negara...

Saturday, May 8, 2010

Samarkand-BLOODSHED



Assalamualaikum..

Lagu ni pernah dimainkan dan popular sekitar tahun 1980 an.Walaupun susunan muziknya terlalu advance pada zamannya,namun pada era 2000 lagu ni mendapat tempat dihati para penggemar lagu berkonsep Rock.Ada maksud tersirat disebalik iringan muzik rock yang mungkin membingitkan kepada peminat muzik Jazz..Sebelum memainkan lagu ni eloklah anda click pause player untuk background muzik dibahagian "It's so cool" supaya kualiti muziknya dapat didengar dengan jelas..sama-sama kita hayati lirik lagu ni..


Samarkand-Bloodshed

Dia antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran

Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria

Walau getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan

Titis darah, mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya

Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu

Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan di jiwa

Samarkand,Samarkand,Samarkand
Samarkand sebahgian dari kebangkitan

Samarkand, engkau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria

Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti

Samarkand,Samarkand,Samarkand
Samarkand sebahgian dari kebangkitan.

Friday, May 7, 2010

KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)




Assalamualaikum..

Kali ni aku nak shere kisah pokok kelapa Pandan yang bakal aku usahakan selewat-lewatnya awal bulan depan sekiranya diizinkan Allah.Setakat ni sumber biji benih hanya terdapat di kawasan Hutan melintang,Perak.bukan kat kawasan Batu Pahat takde,tapi risau benih yang dibekalkan adalah dari jenis G4 dan keatas.Kalau di Perak tu Benih memang sah diambil dari pokok induk jenis G1 dari Thailand.Benih ni memang didatangkan dari sana kerana Thailand adalah pembekal asal dan utama kelapa Pandan ni.Ada satu kes yang mana seorang pengusaha membeli benih pokok kelapa ni dari seorang pembekal sebanyak 250 pokok.Cukup masa 3 tahun hasil tuaian tidak berbau wangi seperti kelapa pandan.Setelah dikaji apa punca masalahnya didapati benih tersebut bukan dari pokok induk atau dikenali sebagai benih G4.Maksudnya,pokok induk menghasilkan buah lalu dijadikan benih(G2).Benih tersebut ditanam dan menghasilkan buah dan dijadikan benih lagi(G4)dan seterusnya...Kesimpulannya benih kelapa pandan Ori harus diperolehi dari pokok induk yang hanya ditanam untuk tujuan penghasilan benih,dan bukan seperti yang banyak dipasaran sekarang so harus berhatti-hati.kita ikuti sedikit sebanyak kisah kelapa pandan ni sebelum memulakan projek tanaman tersebut.

Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga dibahagian bawah.


Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.


Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan.Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

Petua Memilih Kelapa Pandan

Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan. Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli. Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.

(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)