Friday, September 2, 2016

Tazkirah Jumaat

Ilmuan islam ada berkata,janganlah kita selalu memandang kesalahan orang sehingga kita lupa,kesalahan yang kita nampak pada orang lain itulah sebenarnya yang perlu kita perbetulkan dalam diri kita.Tapi kita selalu beranggapan orang lain lebih perlu diperbetulkan berbanding diri kita sendiri,akhirnya timbullah caci maki,umpat mengumpat,kata mengata dan banyak perkara dosa yang kita tak perasan memakan diri sendiri.
Memang berat nak mengaku atau terima hakikat bahawa kita selalu sombong dan bongkak dgn ujian yang Allah berikan berbentuk rupa paras,harta dunia,kesihatan dan banyak lagi yg Allah sekadar pinjamkan utk menguji sejauh mana iman hambanya.Janganlah kita rasa bangga dgn kejayaan dunia,pangkat dan harta,akhirnya kita akan lupa itu adalah ujian Allah kepada kita.
Jadilah seorang insan yang sentiasa cuba memperbetulkan diri sendiri dari sebok mencari kesalahan orang lain sebagai bahan ketawa.
Dunia dah tak tahan lama..ambillah peluang bertaubat agar Allah beri laluan iman dalam hati kita.
Untuk diri aku,keluarga dan anda diluar sana yang sudi berfikir.Maafkan aku Allah..surah alfatiha ayat 6.
Amiinnn.

Gambar sekadar hiasan koleksi jelajah pantai timur 31/8-3/9/2016.

No comments: