Tuesday, March 12, 2013

Hijrah,pindah,berubah,ubah

Assalamualaikum,Teringat kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang mana waktu itu,Kerajaan Islam belum begitu stabil dan masih lagi diperingkat permulaan.Bagaimana strategi Baginda menyatukan umat islam yamg pada ketika itu terlalu lemah dengan jumlah yang terlalu kecil.Padahal Rasulullah mampu mohon pada Allah agar dijadikan seluruh bukit bukau yg ada disekelilingnya menjadi emas untuk ditaburkan kepada sekelian umat baginda.Menurut logik akal,sudah tentulah baginda akan cepat mendapat pengikut dan sokongan.Bahkan dengan sekelip mata sahaja baginda akan terkenal,kerana emas,perak dan wang ringgit adalah agen perantara yang mampu merubah keadaan dalam sekelip mata...itu memang hakikat yang perlu kita terima pada paras logik akal.Andai kata perkara ini dilakukan oleh Rasulullah,maka sewajarnyalah para pemimpin sekarang mengikut jejak baginda kerana setiap idea dan tindakan yang dilakukan oleh Baginda adalah datangnya dari kebijaksanaan Allah SWT..ini satu fakta dan bukannya "auta".Setiap inci pergerakan dan cara pemikiran Baginda Rasulullah adalah melalui pemantauan Allah SWT dan sudah semestinya hasil kerjanya juga adalah yang paling terbaik dan tiada tandingan.

Aku tak berhak mengaitkan sesiapa dalam isu ni cuma sekadar berkongsi cara dan strategi Rasulullah melalui pimpinan Allah dalam hal mentadbir manusia.Pada pandangan anda..,siapakah yang mempunyai cara mudah dengan menabur kekayaan untuk dapatkan sesuatu tak kira jalan haram sekalipun demi kejayaan yang tak soheh dimata dunia mahupun masyarakat..?ya..itulah cara pentadbiran Iblis yang mana merekalah yang paling gembira tak terkata bilamana "wang"tercipta dimuka bumi ini..renung-renungkan..

Berbalik kepada cara Rasulullah memimpin umat dan menyatukan hati seluruhnya.Saipakah guru baginda..?siapakah pencetus idea kepada baginda hingga agama Islam dapat kekal hingga hari ini..?Itulah Allah yang maha mentadbir seluruh Alam semesta.Rasulullah tidak menaburkan kemewahan sebaliknya menaburkan keimanan dalam jiwa seluruh umat islam yang ada bersama baginda pada masa itu.Al-Quran adalah sumber rujukannya kerana Allah yang maha mentadbir telah siapkan kelengkapan untuk Baginda dan umat Islam akan datang cara mentadbir yang tepat dan betul.Allah SWT dan siapkan semuanya dari seawal dunia dicipta hinggan dunia kiamat..semuanya ada tersedia di dalam Al Quran..kenapa cara Iblis juga jadi pilihan..?Bilakah sepatutnya kita perlu ubah dan sedar semua ini..?Semoga setiap kejadian yang berlaku dalam organisasi pemerintahan cara Iblis ini dijadikan iktibar dan pedoman..renung-renungkanlah implikasinya pada golongan akan datang kalau perkara ini berterusan.

Secara logiknya,bila kita tak yakin akan sesuatu perkara maka automatik kita tak akan buat perkara tersebut,..sebab kita tak yakin sama ada benda itu benar atau tipu..biasanya kalau tak yakin maka kita gelar perkara tersebut tipu/negatif/tak betul..sebab tu kita tak buat..dan yang meyakinkan kita barulah kita buat dengan rela hati.Cuba sama-sama kita buat perbandingan fakta dalam perenggan ini dalam hal corak pentadbiran berlandaskan Quran VS berlandaskan cara Iblis..mana satu yang sedang diamalkan..?Harus diingat,.mana nak letak rukun Iman yang wajib kita percaya sebagai syarat kita adalah Islam..adakah kita percaya Allah..?percaya Kitab(Quran)?percaya atau tidak dengan Rasulullah..?pada para Malaikat?pada hari Kiamat..?dan ketentuan Qadha dan Qadar..?kalau yang 6 perkara ini kita dah pincang salah satu atau semuanya...macamana nak buat lagi yang 5 perkara sebagai pelengkap angka 11..?kalau yang 6 terbatal..yang 5 tu tak akan masuk buku kalau anda nak tahu..islam adalah gabungan angka 6 dan 5 jumlahnya 11 dan angka 11 inilah yang Allah huraikan dalam Al Quran menjadi 114 surah dan 6236 ayat(berdasarkan hitungan kasar,iaitu surah 1-50=4675 ayat,surah 51-100=1482 ayat,surah 101-114=79 ayat,jumlah keseluruhan ialah 6236 ayat,soal ayat quran ada 6666 ayat tu perlu rujukan lebih detail kerana mungkin ada beberapa penyambungan ayat yang dikir sebagai 2 ayat atau seterusnya)semoga bermanfaat utk dikongsi.

No comments: