Salam pagi Jumaat penuh barakah.Allah merekodkan perbualan antara Malaikat,segala makhluk seisi alam semesta termasuk golongan Jin dan syaitan dalam Al-Quran.Namun tak satu makhluk pun mampu tampil menggalas tanggungjawab yang bakal diberi Allah menjadi khalifah dimuka bumi.Semua tunduk takut kecuali Manusia sahaja yang sanggup.Sikap manusia memang sejak azali sukakan pangkat,harta dan kemewahan,bukan bermakna golongan manusia adalah hamba yang tak berguna,ini terbukti para Nabi dan Rasul diutus dikalangan manusia untuk sekalian makhluk.
Aku terpanggil kongsikan sedikit ilmu untuk tatapan semua,walaupun hanya cerita kedai kopi,mungkin ada segelintir rakan diluar sana yang mampu memanfaatkannya.
Allah berikan roh dan jasad di dunia bukan untuk manusia menilai sendiri kehebatan,kekayaan dan kesihatan malah kesakitannya,tapi semua itu adalah dugaan dan ujian.Ramai menganggap kalau mereka kaya atau sihat,adalah kerana mereka kuat bekerja dan pandai menjaga kesihatan,sebenarnya itu adalah ujian yang Allah lalukan pada mereka untuk menilai sejauh mana rasa syukur hambanya pada maha pencipta.Segunung harta yang Allah pinjamkan pada hambanya bukanlah untuk mereka mengaku semua itu dia yang punya.Ingat.!! ada bahagian orang atau makhluk lain yang perlu mereka salurkan.Namun apa yang aku jumpa semalam berlainan caranya,tiada istilah kekayaan yang Allah pinjamkan tersebut bukan miliknya seorang..tiada nilai-nilai kemanusiaan,tiada pemahaman konsep sesama muslim adalah bersaudara.Mungkin fahaman mereka,Talqin semasa diatas kubur adalah untuk simati,bukan untuk kita yang ada diatas kubur..
Seringgit rezeki Allah beri,mungkin hanya 15 sen atau 20 sen boleh kita belanjakan untuk diri kita sendiri dan selebihnya ,kita hanya tolong pegangkan sahaja untuk hak orang lain.Dalam seringgit tu ada pecahan-pecahan lain seperti hak anak yatim,hak orang musafir,hak orang yang ditimpa kesusahan,,hak orang tua yang sedang uzur malah banyak lagi..namun manusia selalu tamak dan lupa apa tugas dan peranan yang sedang mereka pikul.Aku jadi takut malah sedih melihat golongan manusia seperti ini,bukan kerana aku cemburu tak sekaya mereka,tapi golongan seperti ini sepatutnya memandang sekeliling dimana mereka berpijak,apa yang mereka junjung dan diatas alam siapa mereka tinggal...subhanallah..
Berbalik pada Talqin tadi...apakah jawapan terhadap soalan Mungkar Nakir nati bila ditanya siapa Tuhan kamu..?siapa saudara kamu..?Apa ikutan kamu..?..sedangkan semasa hayatnya dia adalah seorang yang lupa diri dan tanggungjawab mereka terhadap amanah Allah..?Kata mereka ,segala harta kekayaan ini adalah hasil titik peluh aku selama hidup ku..kesihatan ini adalah hasil wang ku yg aku belanjakan membeli ubat-ubatan..kesakitan dan kepayahan ini adalah berpunca dari sipulan punya angkara...Masya Allah...Aku bersyukur kerana Allah beri kami sekeluarga ilmu yang tak ternilai ini dihadapan mata aku sendiri..Ya Allah ...janganlah jadikan kami kaya kalau akhirnya kami akan kufur nikmat..janganlah jadikan kami sakit kalau kami akan lupa dari mana datangnya ujian ini Ya Allah..
Ingatlah,berapa banyak tanda kebesaran yang Allah lalukan didepan mata kita yang mana Qarun dan Hamman memiliki harta kekayaan separuh isi dunia namun akibat kekufurannya pada Maha pencipta,akhirnya segalanya lenyap dan tak mendatangkan manfaat walau satu zarah pun pada mereka.Ini adalah bukti yang Allah rakamkan dalam kitab Al-Quran.Mungkin ada golongan yang tak percaya pada kata-kata Allah dalam Quran lalu Allah tunjukkan secara terang,gelagat sipengumpul harta yang kufur ini dikalangan ahli keluarga mereka,atau jiran-jiran mereka malah diri mereka sendiri..itu pun mereka masih buta akibat terdorong dengan perangai Syaitan.
Rasa sayang dan kasih pada harta dunia memang payah untuk didefinasikan,tapi aku berpandangan,kalau harta atau barang tersebut hanyalah pinjaman sementara dan perlu diberi pada yang hak..maka kita tak akan menganggap itu milik kita dan dengan rasa penuh tanggungjawab kita akan beri kerana menjalankan amanah Allah.Sebagaimana kita dilahirkan kedunia tanpa apa-apa..sebegitulah kita akan mati nanti tanpa apa apa harta pun yang akan kita bawa,kecuali..apa yang kita usahakan demi memenuhi tuntutan Allah.
Seorang hamba Allah merintih dihadapan aku katanya,aku sakit ni dah berpuluh tahun,macamana aku nak kumpul kebajikan,aku tak ada harta untuk dibelanjakan ke jalan Allah...kenapa Allah buat semua ni pada aku..?adakah Allah memang dah tentukan aku ini ahli neraka..?payah aku nak jawab dihadapan orang seperti ini...sedangkan semasa sihatnya semua orang kenal,semua orang tahu..dia menjadi kaya akibat sikap mementingkan dirinya sendiri dengan merampas hak orang lain..menindah orang lain..memandang orang-orang sekeliling hanyalah dibawah tapak kasutnya...Masya Allah...adakan dia lupa apabila dia ditimpa kesusahan..?adakah dia lupa berapa banyak sumpah seranah,berapa ramai orang yang belum memaafkan salah silapnya..?semoga kisah sedih ini jadi iktibar dan ilmu terus menerus dari Allah kepada kami sekeluarga dan anda diluar sana.
Janganlah kita berkata kita bagus dan sombong bila diuji dengan kekayaan.Janganlah kita lupa bahawa kepayahan dan kesakitan adalah ujian dari Allah.Usah pamirkan kemegahan pada dunia sedangkan semua itu adalah pinjaman dari Allah.Berhentilah menyakiti hati sesama manusia kerana sebenarnya kita adalah bersaudara.Buangkanlah perasaan hasad dengki,khianat dan dendam yang mana semua itu akan merosakkan hubungan sesama makhluk dan seterusnya hubungan dengan Allah maha pencipta.Semoga bermanfaat.
1 comment:
Ye betulllll.....org islam harus kaya!
Post a Comment