Tuesday, March 8, 2011

Madu terbaik(SIDR)


Assalamualaikum..

Di era teknologi yang sedang berkembang ini, bermacam-macam perkara yang boleh diwujudkan untuk menggantikan dengan yang asli. Malah, bahan tiruan yang diwujudkan hampir sama dengan yang asli. Namun demikian, yang palsu akan tetap palsu kerana yang tidak asli ini mungkin telah tercemar dengan bahan-bahan kimia sehingga menyebabkan ianya tidak lagi selamat dikonsumsikan oleh manusia. Lalu bagaimana kita membezakannya?

Terdapat beberapa cara yang kita boleh uji sama ada madu lebah itu asli atau yang telah tercemar. Antaranya :

1. Campurkan IV iodium tincture dengan 25 titis madu dalam botol kecil yang jernih, lalu goncang hingga sebati. Jika terlihat warnanya menghitam bererti madu tersebut dari gula (palsu) kerana jika gula yang mengandungi amilum bercampur dengan iodium, warna iodium akan bertukar menjadi biru kehitaman. Sedangkan madu yang asli tidak mengubah warna iodium yang asal.

2. Masukkan 3 sudu makan madu ke dalam segelas air, kacau hingga sebati lalu biarkan lebih kurang satu jam. Bila terdapat butiran halus berwarna kuning atau coklat muda di dasar gelas bererti madu itu adalah asli. Sebaliknya terjadi jika madu itu adalah yang palsu.

3. Masukkan madu ke dalam peti sejuk selama 3 hari. Jika madu tersebut tidak membeku melainkan hanya mengental saja bererti itu adalah yang asli. Namun jika ia tidak mengalami perubahan dan masih tetap seperti sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk bererti madu tersebut sudah tercemar dengan zat kimia iaitu zat anti beku.

4. Madu yang masih asli tidak akan larut ke dalam air sejuk.

Oleh yang demikian, setiap apa yang dikurniakan oleh Allah SWT ada hikmahnya yang tersendiri. Tergantunglah kepada manusia bagaimana untuk menggunakannya. Dan kita harus ingat bahawa walaupun sekecil-kecil makhluk Allah SWT itu, pasti ia mempunyai kebaikannya di dunia ini dan jangan sekali-kali kita meremehkan mereka kerana ada kemungkinan ia memberi kebaikan diri kita sendiri.

Rujukan :

Khasiat Madu Dalam al-Quran dan Sunnah. Dr Sayyid al-Jamili.
Metode Pengobatan Nabi SAW. Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
Quran Saintifik. Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Dr Danial Zainal Abidin

No comments: