Tuesday, October 27, 2009

Pelik tapi itulah hakikatnya...



Apa beza Masjid pakistan dengan masjid-masjid di malaysia Yang lain??

MASJID PAKISTAN artinya Masjid yang didirikan oleh komuniti keturunan Pakistan mahupun India di negara kita. Kebanyakan umat Islam yang memakmurkannya adalah mereka yang bermazhab Hanafi.

Manakalah MASJID MELAYU pula merujuk kepada tempat ibadah yang didirikan dan dimonopoli oleh umat Melayu Islam di tanah air kita ini. Kebanyakan yang memakmurkannya adalah mereka yang bermazhab Syafie.

Apa yang menariknya mengenai kedua-dua masjid ini ?. Saya tidak akan mengulas mengenai " MASJID MELAYU " kerana rata-rata kita sudah mengenalinya. Tetapi saya akan lebih memperkatakan perihal suasana dan perlaksanaan ibadat yang dilakukan di Masjid Pakistan-India di tanah air kita ini.

Semenjak kecil saya telah biasa ke Masjid Pakistan dan Masjid India yang berada di bandaraya Kuala Lumpur ini. Bapa saya dahulu sering ke kedua-dua masjid ini untuk bertemu dengan teman-temannya dan " pekena " capati dan teh tarik.

Di Kuala Lumpur ini ( sehingga ke saat ini ) saya sering ke masjid-masjid ini, samada Masjid Pakistan di Chow Kit, Masjid Pakistan di Balai Polis ataupun Masjid India yang berhampiran dengan Wisma Yakin itu mahupun Masjid Pakistan di Sentul. Kadang-kadang di waktu Subuh pun, saya sanggup ke masjid tersebut untuk berjemaah walaupun jaraknya bukanlah dekat.

Kadang-kadang kawan-kawan termasuklah isteri dan ibu saya pun bertanya : " Apa yang menariknya di masjid itu ? ".

" Banyak !. Yang paling menarik adalah suasananya ".

Suasana yang bagaimana ?.

Waktu Solat ~ Biasanya jangka masa solat Subuh didirikan di masjid tersebut agak lambat berbanding di masjid / surau Melayu. Di Masjid Pakistan-India, Solat Subuh didirikan lebih-kurang 30 minit daripada tempoh azan Subuh dikumandangkan.

Kalau Solat asar pula, di kebanyakan masjid jika azan dilaungkan pada pukul 4.45 petang, maka di Masjid Pakistan-India akan dilaungkan pada pukul 5.30 petang.

Suara bacaan imamnya pula ala Imam di Masjid al-Haram Mekkah ataupun Masjid an-Nabawi di Madinah. Sungguh mempersonakan dan mententeramkan.

Selepas Solat ~ Tiada zikir berjemaah dilakukan sehingga mengganggu jemaah yang masih belum selesai menunaikan solat. Semuanya " zikir sdn bhd " kemudian Imam akan membaca doa pendek lalui diaminkan oleh jemaah ( doa sekitar 2-3 minit sahaja ). Masjid Melayu pula, imam-imamnya suka doa-zikir-wirid- tahlil kuat-kuat sampai " bergegar tiang-tiang " tanpa mempedulikan jemaah ( makmum ) yang masih belum sempat menyelesaikan solat mereka. Bukan itu sahaja, doanya pula panjang-panjang tanpa mempedulikan makmum yang biasanya " mengejar masa " ( khususnya warga KL ini yang sentiasa sibuk berkerja ).

Pengajian Tahfiz al-Quranul Karim ~ Boleh dikatakan hampir setiap Masjid Pakistan-India ini meneruskan tradisi Pengajian ala-Deobandi dan Luckowi ini. Ada pengajian tahfiz yang dijalankan secara sistematik dan serius. Sedangkan masjid-masjid Melayu pula, lebih menekankan pengajian burdah dan berzanji.

Kafe ~ Sesuai dengan jiwa-raga peminat-peminat masakan Pakistan-India ini. Kari kow mengalahkan " Kari 786 " pun ada. Nak makan dengan nasi putih ke, dengan nasi beryani ke ataupun dengan roti. Macam-macam ada !.

Itulah beberapa tarikan Masjid Pakistan-India yang sempat saya perkatakan kali ini.

Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan " instituti Masjid-Masjid Melayu ", tetapi perlu ada perubahan yang lebih baik dilakukan. Bukan sekadar " duduk di takuk lama " dan berorientasikan tradisi taqlid buta semata-mata.

Amin.

No comments: