Tuesday, May 14, 2013

Apa nak buat kalau sayang

Susah nak buat keputusan kalau kita masih punyai perasaan sayang pada sesuatu barang,nak jual masih sayang..nak bagi pinjam kat orang pun sayang,ada pembeli offer harga lumayan pun tetap sayang nak lepaskan.kena lambung dadu kalau tak dikira Haram pun sayang.
Tapi kalau nak letgo,masa terbaik adalah sewaktu kita masih sayang,nak bersedekah pun kenalah barang yang kita sayang bukannya barang yang kita dah tak hirau..marilah membuat keputusan..

Friday, May 10, 2013

Masih panas selepas undi

Banyak benda dapat diperhati selepas GE 13 ni,kalau dulu sebelumnya senyap sunyi sekarang dah melalak sana,melalak sini sebab dah menang kononya,ini namanya org atas pagar reput.Sekarang dah jadi penganalisis paling top sebab segala pendapatnya terpampang diwall-wal fb..aku bukan apa,kelakar pun ada..masa kempen haritu tak de pulak dia ni beri komen atau pendapat..sekarang muncul menemplak realiti kebenaran..yg ada satu jenis lagi nih..tak boleh dikomen apa jua status yang tertera di wallnya,kalau kena komen alamat habis merajuk,mengamuk,sumpah seranah segala...pada aku,kategori manusia mcmni hanya layak komen luahan perasaan atau pendapat  dalam diari,sebab kat diari buta tu tak de org komen tak puashati atau sebagainya..kalau berani komen atau berhujah di FB,maka bermakna anda bersedia dengan kritikan org lain,awas,bahasa semberono atau bahasa org zaman batu tak layak digunakan,..itu pendapat peribadi aku..sebab apa pun pandangan,pendapat atau analisis yg anda buat,kenyataan yg tak dapat kita sangkal ialah anda sebenarnya menang jadi arang..buatlah mcmana pun,hakikat tetap hakikat..so tak payahlah nak bangga sangat kemenangan tak bermaruah mcmtu..ini cuma pendapat..kita saksikanlah sama-sama mana itu realiti dan mana satu kebatilan.Bagi yang terlalu fanatik mcm aku pun rasanya masih mampu menilai kebenaran dengan akal yang waras..tak kira anda dipihak yg mana..aku yakin,..cuma sifat manusia memang begitu,tak ramai yang berani kata benar takut nanti tak dapat nama,org tak suka,orang kata itu ini..itulah hakikat,kebenaran memang selalu disembunyikan kebaikannya,tapi kebatilan selalu dipandang mulia.oklah pesanan terakhir dari aku..tulislah pendapat peribadi anda dalam DIARI..itu lebih selamat utk anda..sebab dalam masyarakat tiada istilah "Play safe".Berani kerana yakin Allah itu benar.

Wednesday, May 8, 2013

Momok perkauman menambah padah

Undi popular dalam Pilihan Raya 2013 menceritakan tentang generasi Bangsa Malaysia mengundi buat pertama kali dan melangkaui batas kaum akan tetapi bagi Barisan Nasional (BN), lebih menyenangkan untuk menyalahkan pengundi Cina daripada memastikan perpaduan dan mengakui strategi mereka gagal. Hampir 13.3 juta pengundi membuang undi buat pertama kali pada pilihan raya hujung minggu lalu dan lebih cenderung untuk musuh BN, Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar untuk menamatkan kronisme, perbelanjaan berlebihan dan rasuah. 

 Pengundi kali pertama ini, kebanyakkannya di bawah 30 tahun, membesar di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melancarkan Wawasan 2020 pada 1991 dan bercakap soal Bangsa Malaysia yang bersaing melalui meritokrasi dalam negara membangun.


 Mereka menyebabkan BN hilang tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding Pilihan Raya 2008,133 daripada 222. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih teruk lagi — BN mendapat 275 berbanding PR 230 daripada 505 kerusi DUN yang dipertandingkan. 


 “Mereka abaikan Bangsa Malaysia. Dan sekarang kamu lihat bagaimana generasi muda mengundi,” kata wartawan dan editor veteran Datuk A Kadir Jasin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada BN.


 Beliau menulis di blognya mengenai keputusan pilihan raya umum 5 Mei, mengatakan kelemahan prestasi BN menunjukkan penolakkan dari semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja dari minoriti Cina. “Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.


 Penganalisis dan ahli politik juga menolak teori “tsunami Cina”, mengatakan peningkatkan undi popular terhadap PR adalah berbilang kaum secara semula jadi dan disebabkan oleh peralihan dari pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang bandar-luar bandar Malaysia semakin meluas. Mereka juga mengatakan tajuk utama Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan BN ”Apa lagi Cina mahu?” adalah petunjuk jelas BN mencari momok luar dan memesongkan perhatian daripada pemimpin-pemimpin parti dan kegagalan strategi dalam Pilihan Raya 2013.


 Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan kekalahan BN dibanyak kerusi pada awal pagi Isnin, disambung oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kemudiannya diperkukuhkan oleh pemimpin MIC Datuk M. Saravanan semalam. Dr Mahathir juga menyalahkan kekalahan itu kepada “Cina yang tidak bersyukur” dan “Melayu tamak”, selain dari mempersolkan ahli strategi BN di mana idea mereka gagal. Akan tetapi pengkritik membangkitkan, Dr Mahathir secara aktif berkempen untuk BN, terutamanya dua calon Perkasa — Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, yang telah mencetuskan kemarahan bukan Melayu kerana kenyataan berbaur perkauman selama ini. Kedua-dua pemimpin ini bertanding di kerusi Parlimen yang majoritinya Melayu akan tetapi kalah, bukti BN salah tentang Cina adalah punca utama kekalahan mereka.


 Dr Mahathir, bagaimanapun, tepat mengenai ahli strategi BN, sesetengahnya yang mencadangkan serangan peribadi kepada pemimpin pembangkang, menakut-nakutkan dan memperlekehkan manifesto PR menggunakan pelbagai saluran media dan mendominasi ruang iklan. 


 “Menyalahkan DAP kerana mengelirukan pengundi mereka boleh mengubah kerajaan hanya menunjukkan bagaimana pintarnya ahli strategi DAP berbanding BN,” kata pakar hubungan awam, yang enggan untuk dinamakan. 


 “Ahli strategi BN ini hanya mahu menyembunyikan fakta mereka tersilap baca mengenai anak muda Bangsa Malaysia, jadi salahkan sahaja Cina yang tidak mengundi mereka,” tambah beliau. Sumber dari “bilik perang” BN mengatakan tinjauan dalaman gabungan itu menunjukkan prestasi mereka akan lebih buruk dari Pilihan raya 2008, apabila mereka menang 140 kerusi. “Kami sentiasa sedar untuk mendapat di bawah 140 jadi 133 bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” katanya. 


“Adalah mudah untuk menyalahkan pengundi dan parti lain untuk kekalahan tetapi faktanya jentera pilihan raya kita gagal di sesetengah tempat sementara PR adalah lebih baik,” tambah beliau. “Jentera PR adalah mengagumkan dan mereka bercakap tentang isu-isu dan hubungan kaum. Itu banyak membantu mereka,” kata pegawai bilik perang BN itu.


 Buat masa sekarang, katanya adalah mudah bagi BN yang kecewa untuk menyalahkan DAP dan Cina, kuat menyokong mereka dalam pilihan raya 1999 selepas Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan meliwat dan tuduhan rasuah menyebabkan protes selama berbulan-bulan.


 Cina adalah 28 peratus dari 29 juta populasi Malaysia, dan kurang daripada separuh mendaftar sebagai pengundi. Di sebalik jumlah pengundi yang rendah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan peratusan keluar mengundi memecahkan rekod apabila mencecah 84.84 peratus. Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat 4,513,977 undi.


Sumber asal :The Malaysian Leader

Thursday, May 2, 2013

Akhirnya kita sendiri yang kena putuskan

1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya. 

 2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri. 

 3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that breaks the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen). 

 4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan – busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat. (Kerajaan Pusat dan negeri).

 5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM – selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat). 

 6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat). 

7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor). 

 8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat).

 9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.

Sumber asal,Dato A Kadir Jasin