Saturday, March 30, 2013

Thursday, March 28, 2013

Ayrish Syuhada

Budak yang masham ni masuk 5 hari usianya,semoga dipermudahkan segalanya.

Tuesday, March 19, 2013

Saintis Islam yang dilupakan

Ketika anak-anak kecil mula mengenal huruf,kita telah memperkenalkan pasangan wilver dan oliver sebagai pencipta jentera terbang.Aku sendiri pun tak perasan kepandaian golongan Yahudi memaipulasi fakta tersebut.Mungkin mereka ingin membuktikan pada dunia bahawa seluruh ciptaan dalam dunia ini adalah berasal dari golongan mereka yang kononnya bangsa terunggul.

Saintis yang aku maksudkan Abbas Qassim Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M dari keturunan Berber di Sepanyol.Seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn Firnas mendalami bidang kimia, fizik, dan astronomi. Pada usianya awal 40 an,Firnas menyaksikan percubaan yang dilakukan oleh Armen Firman terbang dengan sepasang jubah besar dari menara Cordova di Spanyol untuk menjadi manusia pertama terbang seperti burung,malangnya percubaan beliau gagal kerana banyak lagi kajian perlu dilakukan.20 tahun selepas peristiwa tersebut,Firnas memulakan eksperimennya yang pertama terbang dengan sepasang sayap seperti burung namun ideanya juga menemui kegagalan akibat kurangnya penelitian dari segi pendaratan,akibatnya beliau mengalami kecederaan serius.Idea atau eksperimen penerbangan telah dilakukan oleh saintis Islam seribu tahun terdahulu dari kelahiran Right bersaudara. Banyak sumbangan idea dan kajian yang dilakukan Firnas termasuk penghasilan kristal/kaca dari pasir,rantaian planet-planet dalam galaksi kita ,simulasi guruh,penemuan dan penciptaan Al-Maqatta(jam air)yang akhirnya dimajukan oleh para saintis terkemudian.Semua idea ini adalah bersumberkan Alquran yang mana Allah telah sediakan semua fakta didalamnya. Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi di usia 77 tahun.

Tuesday, March 12, 2013

Hijrah,pindah,berubah,ubah

Assalamualaikum,Teringat kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang mana waktu itu,Kerajaan Islam belum begitu stabil dan masih lagi diperingkat permulaan.Bagaimana strategi Baginda menyatukan umat islam yamg pada ketika itu terlalu lemah dengan jumlah yang terlalu kecil.Padahal Rasulullah mampu mohon pada Allah agar dijadikan seluruh bukit bukau yg ada disekelilingnya menjadi emas untuk ditaburkan kepada sekelian umat baginda.Menurut logik akal,sudah tentulah baginda akan cepat mendapat pengikut dan sokongan.Bahkan dengan sekelip mata sahaja baginda akan terkenal,kerana emas,perak dan wang ringgit adalah agen perantara yang mampu merubah keadaan dalam sekelip mata...itu memang hakikat yang perlu kita terima pada paras logik akal.Andai kata perkara ini dilakukan oleh Rasulullah,maka sewajarnyalah para pemimpin sekarang mengikut jejak baginda kerana setiap idea dan tindakan yang dilakukan oleh Baginda adalah datangnya dari kebijaksanaan Allah SWT..ini satu fakta dan bukannya "auta".Setiap inci pergerakan dan cara pemikiran Baginda Rasulullah adalah melalui pemantauan Allah SWT dan sudah semestinya hasil kerjanya juga adalah yang paling terbaik dan tiada tandingan.

Aku tak berhak mengaitkan sesiapa dalam isu ni cuma sekadar berkongsi cara dan strategi Rasulullah melalui pimpinan Allah dalam hal mentadbir manusia.Pada pandangan anda..,siapakah yang mempunyai cara mudah dengan menabur kekayaan untuk dapatkan sesuatu tak kira jalan haram sekalipun demi kejayaan yang tak soheh dimata dunia mahupun masyarakat..?ya..itulah cara pentadbiran Iblis yang mana merekalah yang paling gembira tak terkata bilamana "wang"tercipta dimuka bumi ini..renung-renungkan..

Berbalik kepada cara Rasulullah memimpin umat dan menyatukan hati seluruhnya.Saipakah guru baginda..?siapakah pencetus idea kepada baginda hingga agama Islam dapat kekal hingga hari ini..?Itulah Allah yang maha mentadbir seluruh Alam semesta.Rasulullah tidak menaburkan kemewahan sebaliknya menaburkan keimanan dalam jiwa seluruh umat islam yang ada bersama baginda pada masa itu.Al-Quran adalah sumber rujukannya kerana Allah yang maha mentadbir telah siapkan kelengkapan untuk Baginda dan umat Islam akan datang cara mentadbir yang tepat dan betul.Allah SWT dan siapkan semuanya dari seawal dunia dicipta hinggan dunia kiamat..semuanya ada tersedia di dalam Al Quran..kenapa cara Iblis juga jadi pilihan..?Bilakah sepatutnya kita perlu ubah dan sedar semua ini..?Semoga setiap kejadian yang berlaku dalam organisasi pemerintahan cara Iblis ini dijadikan iktibar dan pedoman..renung-renungkanlah implikasinya pada golongan akan datang kalau perkara ini berterusan.

Secara logiknya,bila kita tak yakin akan sesuatu perkara maka automatik kita tak akan buat perkara tersebut,..sebab kita tak yakin sama ada benda itu benar atau tipu..biasanya kalau tak yakin maka kita gelar perkara tersebut tipu/negatif/tak betul..sebab tu kita tak buat..dan yang meyakinkan kita barulah kita buat dengan rela hati.Cuba sama-sama kita buat perbandingan fakta dalam perenggan ini dalam hal corak pentadbiran berlandaskan Quran VS berlandaskan cara Iblis..mana satu yang sedang diamalkan..?Harus diingat,.mana nak letak rukun Iman yang wajib kita percaya sebagai syarat kita adalah Islam..adakah kita percaya Allah..?percaya Kitab(Quran)?percaya atau tidak dengan Rasulullah..?pada para Malaikat?pada hari Kiamat..?dan ketentuan Qadha dan Qadar..?kalau yang 6 perkara ini kita dah pincang salah satu atau semuanya...macamana nak buat lagi yang 5 perkara sebagai pelengkap angka 11..?kalau yang 6 terbatal..yang 5 tu tak akan masuk buku kalau anda nak tahu..islam adalah gabungan angka 6 dan 5 jumlahnya 11 dan angka 11 inilah yang Allah huraikan dalam Al Quran menjadi 114 surah dan 6236 ayat(berdasarkan hitungan kasar,iaitu surah 1-50=4675 ayat,surah 51-100=1482 ayat,surah 101-114=79 ayat,jumlah keseluruhan ialah 6236 ayat,soal ayat quran ada 6666 ayat tu perlu rujukan lebih detail kerana mungkin ada beberapa penyambungan ayat yang dikir sebagai 2 ayat atau seterusnya)semoga bermanfaat utk dikongsi.

Sunday, March 10, 2013

Xperia Z

Mungkin ini lebih baik dari note 2 dari segi kamera dan displaynya.paparan screen dan dimensi agak menarik kalau nak buat perbandingan.Leboh ringan dari note 2.Cuma harga je agak berat...


Mac 2013


Aku dah mula terlepas pandang tarikh sekarang utk update blog ni..itu tandanya umur dah makin tua.Diam-tak diam dah masuk 1/3 Mac dah..ada lagi 20 hari utk bulan ni..dah dekat nak PR 13 lagi...semua berlaku dengan pantas..terima kasih tak terhingga kepada semua yg sudi bertandang ke zonjuly,cemilan station dan gayasolehah.Terima kasih juga kepada para pengunjung cemilan station yg sudi meluangkan masa ke kediaman kami walaupun ada diantaranya duduk luar dari Johor,semoga anda semua berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan kami.