Wednesday, December 28, 2011

Sayangilah kaum Wanita kerana..

1). Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


 2). Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 


 3). Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


 4). Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 


 5). Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


 6). Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


 7). Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 


 8). Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.  


9). Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 


 10). Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 


 11). Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 


 12). Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.” 


 13). Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 


 14). Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


 15). Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


 16). Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 


 17). Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 


 18). Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


 19). Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


 Sumber Asal:email dan samurai.com

Monday, December 26, 2011

Bubur nasi Syaidina

Gambar ni aku pinjam dari blog http://idazuan.blogspot.com,memandangkan gambarnya cantik dan begitu menyelerakan sekali.Aku rindu pada bubur nasi yang pernah aku hidangkan kepada pelanggan yang makin hari makin ramai satu masa dulu.Dan sampai sekarang pun masih ada yang bertanya kenapa tak buat bubur lagi??.Walaupun hanya bubur,namun kepuasan yang aku dapat dari air tangan aku memang berbaloi.Ramai orang pandai masak bubur nasi,tapi mungkin rasa dan cara membuatnya tak sama,bahan yang dijadikan lauk juga berbeza.Ada seorang pelanggan pernah mencuba risipi bubur aku sewaktu beliau dalam keadaan demam,dan selang seminggu dia kembali lagi dan saban petang menikmati bubur nasi aku,manis memori tu.Aku tak berani tanya kenapa hampir tiap-tiap petang makan bubur,dan tak lupa satu lagi tapau utk isterinya.Yang datang sebagai perisik pun ada dan akhirnya jadi pelanggan tetap...macam-macam hal.


 Aku bukan nak cerita pasal cara membuat bubur,tapi nak cerita setiap apa yang Allah lorongkan kepada kita haruslah dilakukan berbekalkan usaha.Dan setiap apa jua rezki yang Allah beri itu bukanlah semestinya bermula dengan'A'tanpa kesudahan,atau berakhir dengan'Z'.


Mungkin kita rasa kita berjaya dalam perniagaan atau bidang pekerjaan,tapi sebenarnya kita gagal dalam urusan kita dengan Allah.Mungkin kita rasa cukup duit untuk membeli sebuah pesawat,namun kita sebenarnya tak pernah cukup duit untuk berbakti kepada kedua orang tua kita.Itulah kemegahan pentas dunia,siapa kaya dan berharta akan jadi sanjungan dan siapa miskin harta,jadi bahan hinaan dan cercaan. 




Aku terbaca sebuah kisah sedih dari sebuah blog sebentar tadi mengenai seorang anak angkat yang dibesarkan dalam suasana kehidupan yang miskin,dan akhirnya berjaya menjadi seorang peniaga yang berjaya di sebuah kota metropolitan.Ibu dan bapa angkatnya meninggal dunia sewaktu beliau menunaikan fardhu haji tahun sudah.Agaknya,apakah yang anak angkat ini lakukan sebagai membalas jasa kedua ibu bapa angkatnya selain himpunan doa..?aku rasa kita tak mampu lakukan apa yang telah dia lakukan..dan bila ditanya kenapa dia lakukan perkara tersebut,dia menjawab,:


 Sewaktu di Makkah,ada seorang lelaki meminpin dua orang tua yang separuh uzur mengerjakan haji sampai selesai,dan kedua orang tua tersebut bukanlah ibu bapanya atau ibu bapa angkatnya,mereka adalah hamba allah yang dijelmaka sebagai ujian terhadap lelaki tersebut.Dia rakan sebilik dengan lelaki tersebut.Pelbagai perkara sukar terpaksa dilakukan termasuk dia terpaksa meninggalkan beberapa wajib haji namun dia tak pernah meninggalkan kedua orang tua tersebut.Pada akhir musim haji sebelum balik ke tanah air,lelaki ini membawa kedua orang tua tersebut ke depo tabung haji di bawah hotel penginapan dan meninggalkannya sebentar sambil membawa pas haji keduanya untuk bertanyakan penerbangan pulangnya.Sampai di kaunter,pihak tabung haji memeriksa pas lawatan haji kedua orang tua yg telah uzur tersebut dan didapati mereka tidak ada dalam senarai tabung haji dan dua keping name kad yang diberi pada pegawai di kaunter tersebut merupakan dua naskah surah yassin.


 Persoalannya bukan kat mana hilangnya kedua org tua uzur tadi,tapi siapakan lelaki tersebut sampai Allah uji kejujurannya sedemikian rupa..?katanya,dulu sewaktu di tanah air,dia adalah hamba Allah yang tak sempat berbakti kepada kedua ibu bapanya dan selalu berdoa agar allah beri peluang dia berbakti kepada keduanya walaupun itu adalah mustahil kerana kedua org tuanya telah tiada.Allah maha kaya dan tiada yg mustahil bagi Allah.. Melalui pengalaman tersebutlah lelaki pertama tadi jadi lebih taqwanya dan bertekad seluruh harta yang ada padanya adalah pinjaman dari Allah.Semoga amal baktinya dibarkati Allah..Amiiinnn..semoga bermanfaat.

Friday, December 23, 2011

Tahukah anda satu rahsia Pisang..

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda. Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang. Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mOOd kita. Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!” sumber:bisabenar

Tuesday, December 13, 2011

Senjata Primitif yang bakal digunapakai.



Zaman serba maju dengan terciptanya pelbagai senjata canggih,namun kita kadang terlupa bahawa senjata terunggul yang lahir sejak Nabi Adam AS ini akan muncul semula menggantikan pistol dan senapang.Jibrail mengajar Adam AS menggunakan ibu jari kanan untuk menarik tali panah dan itulah amalan sunnah.Dalam Mutlaal Badrain juga ada dicatatkan binatang buruan yang dibunuh menggunakan panah tidak payah lagi disembelih.Selain digunakan untuk berburu,Panah juga merupakan senjata perang paling digeruni dan paling efisyen melengkapkan satu-satu pasukan perang.

Kalau berminat mendalami senjata primitif ini bolehlah google dan banyak maklumat boleh diperolehi.Aku sarankan tontonlah sebuah filem Japan berkisahkan senjata panah ini dan pasti anda akan teruja bagaimana senjata ini berfungsi.filem tersebut boleh di download secara percuma di :

ARROW THE ULTIMATE WEAPON 2011

Gunakan link mediafire part 1 sampai part 4,Tutorial download ada dibahagian atas sebelah kanan blog,bacalah kamu sekalian..Harap-harap link tu masih berfungsi.
Selamat mengetess..

Friday, December 9, 2011

Gerhana bulan lagi..



Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda,dan maksud hadith tersebut ialah:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat." – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Kali pertama gerhana bulan dalam tahun 2011 ialah pada 17 Jun 2011) bermula jam 1.25 pagi dan berakhir pada 6.59 pagi.Kali kedua pula dijangkakan berlaku pada hari esok 10.12.2011 jam 8.42 min malam.Dari segi kajian ilmu astronomi,gerhana bulan terjadi akibat bulan berada dibelakang bumi dan cahaya matahari tak sampai ke permukaan bulan.Fenomena ini mengakibatkan bulan yang berada hampir dengan bumi menyedut semua jenis cecair yang ada dibumi dengan kekuatan gravitinya.Ini merupakan satu tanda Allah menunjukkan kekuasaannya,selain murka dengan umat manusia yang makin jauh dari mengenali Allah.

Pergilah solah sunat gerhana di masjid-masjid dan mintalah pertolongan dari Allah,sesungguhnya tiada tempat lain utk kita meminta selain Allah.

Cara Solat Kusuf :

1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

Semoga bermanfaat.

Sunday, December 4, 2011

2012



Benarkah tentang ramalan manusia mengatakan planet'X' atau nama lainnya Nabiru akan sampai ke pusingan orbitnya dan berada beberapa ribu km dari Bumi dalam tahun 2012,aku pun tak pasti.Yang pasti mengikut kajian NASA,planat nabiru ini merupakan sebuah planet yang mempunyai diameter 1 1/2 bumi kita dan kelajuan putarannya adalah 1:30 000 bagi menghasilkan satu gelombang berfrekuensi tinggi yang mampu meranapkan semua sistem elektromagnet yang ada di planet bumi.Maksudnya,segala macam tenaga elektromagnet seperti gelombang satelit,radio,astro,alat kawalan jauh dan segala macam gelombang yang kita gunakan untuk tujuan perhubungan atau persenjataan akan lumpuh bila Nabiru menghampiri bumi.Lebih teruk lagi arus elektrik yang ada dibumi juga akan disedut keluar oleh Nabiru.Banyak kajian perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan fakta ini.Sampai sekarang aku sendiri pun belum jumpa fakta yang tepat mengenai fenomena Nabiru yang pernah diperkatakan oleh Rasulullah satu masa dulu.Kecanggihan sistem ero angkasa kita pun masih belum mampu mengumpul fakta yang tepat.Desas-desus mengatakan fenomena ini akan berlaku jua akhirnya cuma ramalan tarikh dan masa sahaja yang masih menjadi tanda tanya.Semoga kiamat yang makin hampir ini mampu menjadikan kita lebih insaf dan berubah kearah kebaikan.

CANON PRINTER ERROR CODE


English Version

E2-2 = No paper (ASF)
E3-3 = Paper jam
E4 = No ink
E5-5 =The ink cartridges are not installed or a non-supported ink cartridge is installed,or the ink cartridges are not installed properly
E8 = Waste ink absorber full, or platen waste ink absorber full
E9 =The connected digital camera / video camera does not support Camera direct Printing
E14 =The Ink cartridges whose destination are wrong
E15 =Ink cartridge is not installed
E16 =Ink remaining is unknown
E16-E19 = Failed to scan head alignment sheet
E22 =Carriage error
E23 =Paper feed error
E24 =Purge unit error
E25 =ASF(cam) sensor error
E26 =Internal temperature rise error
E27 =Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full
E28 =Ink cartridge temperature rise error
E29 =EEPROM error
E33 =Paper feed position error
E35 15 =USB Host VBUD overcurrent error - USB
E37 17 =Abnormal motor driver error

Malay Version

E2-2 = tidak ada kertas (ASF)
E3-3 = Paper jam
E4 = tidak ada tinta/cartridge
E5-5 = ink cartridges tidak terpasang atau cartirdge yang terpasang salah (tidak compatibel)
E8 = absorber full, atau platen waste ink absorber full mita direset
E9 = hubungan ke digital camera / video camera tidak support
E14 = Ink cartridges whose destination are wrong
E15 = Ink cartridge tidak terpasang E16 - Ink remaining is unknown
E16-E19 = masalah pada scan head alignment sheet
E22 = Carriage error
E23 = Paper feed error
E24 = Purge unit error (bagian cleaning head)
E25 = ASF(cam) sensor error
E26 = Internal temperature rise error
E27 = ink absorber full or platen waste ink absorber full > reset dengan toolsnya
E28 = Ink cartridge temperature rise error -
E29 = EEPROM error
E33 = Paper feed position error
E35 15 = USB Host VBUD overcurrent error - USB
E37 17 = motor driver tidak normal
E40 20 = hardware lain error
E42 22 = Scanner error
E40 20 = Other hardware error
E42 22 = Scanner error

Makan malam di Serkam Pantai.







Lama aku tak datang tempat ni seingat aku last time aku datang waktu aku bujang dulu sampai sekarang dan tempat ni dah banyak berubah.Biasanya aku suka makan kat Umbai tapi hari ni nak tukar arah akibat Pesawat dipandu oleh Haji Herman,thanks bro jadi drebar yang sporting and mak Aji olso..makanan agak menarik tapi rasa tekak jawa aku kureng sikit nak melahap agaknya sebab orang baru kat kdai tu biasa masak utk org melaka je kot,...Bini aku masak lagi the best la..apa pun perut dah kenyang,mata dah mengantuk,pesawat hebat,syukur alhamdulillah.Next time aku nak cuba area selatan pulak lah dan kali ini insyaallah aku pulak pandu pesawat kargo...

Order untuk Disember

Terima kasih kepada pelanggan kami yang sanggup bersusah payah datang ke kediaman kami walaupun jaraknya ada yang hampir 5 jam perjalanan semata-mata untuk melihat sendiri kotak ekslusif yang kami tawarkan.Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada para pelanggan yang sudi datang mengambil sendiri tempahan yang sudah kami siapkan,semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan.Jangan lepaskan peluang sementara tempahan masih dibuka untuk bulan Jun dan July 2012.Tempahan untuk Jan,Feb,mach,Apr dan Mei masih kami terima berdasarkan kuantiti bawah 1500 pcs.Silalah sms kami atau Pm kami di facebook,search CEMILAN STATION,atau search sahaja di Google,cemilan station.TQ.



Friday, December 2, 2011

Garang


Aku sepagi ni dok depan pc mengagih-agihkan pakej promosi kami di cemilan station pada pelanggan yang tertarik.Sehingga pukul 11 pagi tadi seorang pelanggan dari Melaka menghubungi aku melalui H/P sebab nak marah aku dok link gambar aku kat wall dia tanda protest.Bagi aku wall yang tak de filter tu aku anggap bebas dan tuan tanah bebas remove post aku bila-bila masa.Apa yang buat aku hairan pemilik wall tersebut bertanya alamat kediaman kami dan berhasrat ingin datang kerumah pada hari ini juga untuk melihat hasil kerja kami.Orang jauh nak datang kami anggap tetamu dan tetamu itu harus dimuliakan manalah tahu membawa rezeki dan aku sentiasa harap tetamu aku hari ini akan memborongismon pakej cenderahati aku.Macam-macam pelanggan aku jumpa sepanjang cemilan station ditubuhkan pada awal 2009 sampai sekarang dan makin hari kami rasakan makin rapat dengan para pelanggan kami yang terlalu istimewa.Terkadang budi bahasa mencerminkan bangsa,dan bangsa itu sendiri haruslah membawa bahasa dan budi bahasa utk mencerminkan ketamadunan kaumnya.Aku takut nak menilai sekali gus nilai keperibadian seaeorang berdasarkan bahasa dan gaya mereka sebab semua tu tak cukup dijadikan tali pengukur identiti orang tersebut.Itulah manusia,ada yang berlagak baik tapi rupanya penyanggak dan ada yang berlagak gila rupanya mata-mata..(pak Polisi)..oklah,semoga bermanfaat dijadikan pedoman kerana manusia ini sentiasa berubah atau terubah mengikut persekitarannya melainkan orang yang benar-benar berpendirian sahaja mampu jadi dirinya yang sebenar sampai bila-bila.