Monday, February 28, 2011

Laksa Penang Vs Cha Kuew Teow

Assalamualaikum...

Makanan penang yang biasa disebut-sebut selain nasi kandaq..tapi nak jumpa cha kuew teow yang betul-betul 'hauliau' aku pun masih tak jumpa.Buat masa ni kat teluk bahang ni jelah yang aku rasa ok sikit dari tempat lain,begitu juga dengan laksanya.Macam kat Johor juga..kebanyakkan gerai disini banyak dipelopori oleh orang Thai..so makanan Thai berlambak sampai susah nak cari mana gerai yang 'pure' Penang style...apa-apa pun aku kasi 3 bintang makanan kat gerai nih walaupun servis lambat...lambat...lambatt....mana saya punya kuew teow nih....!


Teluk Bahang

Assalamualaikum..

Teluk Bahang sebenarnya lebih sinonim dengan perkampungan nelayan atau terdapatnya banyak tempat memancing,tapi aku tak lepak kat area tu sebab nak tunaikan permintaan budak 'kecik' ni mandi laut.Trip yang lepas dah mandi kat batu feringgi dan kali ni nak cari tempat lain pulak.Sebenarnya aku tak mandi pun sebab tak plan nak mandi laut,dapat tengok laut pun jadilah..
Pantai tempat aku lepak ni adalah satu-satunya pantai tempat mandi yang menyediakan bilik mandi air tawar..so sesapa nak bilas air tawar cuma boleh bilas kat sini,lain tempat tak de.



Makan malam

Assalamualaikum..

Acara makan malam kat Hammer Bay nampak macam 'dahsyat'sebenarnya macam makan malam yang korang buat kat warong tu,bezanya makan malam aku kat pulau..itu je bezanya.Tempat ni memang terkenal kalau korang turun Penang buat kali ke seratus,'Mai'makan kat sinun..ikan bakarnya sedap..jom santap.




Queensbay

Assalamualaikum..

Cuaca petang kat pulau mutiara agak redup dan berangin,so sebelum makan malam aku singgah kat pantai paling senang untuk dikunjungi.Dua orang model tetap aku siap sedia untuk outing.Tak de yang menarik sangat memandangkan dah banyak kali aku dok 'mai'Penang...apa-apa pun inilah sajian zonjuly untuk edisi kembara 2011.
Rojak buah ni rasa dia semacam jek...tapi boleh tahan sedap gak.Melekat,pekat dan berkilat sosnya,malangnya ia seperti seekor burung yang cantik...tapi berbau busuk...(petis udang)
Suasana senja sebelum aku meneruskan perjalanan ke Hammer Bay untuk makan malam.
Queensbay ni aku tak minat nak tengok apa isi dalamnya.Sama je macam tempat menghabiskan duit yang aku biasa jumpa kat tempat lain.
Budak ni first time datang penang masa umur 7 bulan.Tak silap aku ini adalah kali keempat dia sampai sini.Nex time aku tinggal je kat kampung(banyak cengkadak)Tapi bila tak jumpa sehari rasa rindu pulak...anak sapa lah ni.

Dah nak maghrib buat perangai nak mintak lelayang.Nak main kat bilik hotel katanya.Aku pun tak faham.

Thursday, February 24, 2011

Good therapy



Assalamualaikum...

"Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action".

Wednesday, February 23, 2011

cemilan: DROPSHIP PROGRAM

cemilan: DROPSHIP PROGRAM: "          Kepada rakan-rakan yang ingin berniaga secara sambilan kami menawarkan PROGRAM DROPSH..."

Friday, February 18, 2011

ESET Smart Security 4 x64 bit free for life

Kepada para penggemar Eset antivirus,bolehlah cuba antivirus ini untuk windows 7 64 bit,it's working 100% on my pc.Enjoy your Eset free forever..!

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul


Assalamualaikum..

Aku mengucapkan salam maulidurrasul kepada seluruh umat islam seluruh dunia.Perbanyakkan selawat dan salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad(SAW).

Saturday, February 12, 2011

Tarikh-Tarikh Penting kalender Islam

Assalamualaikum..

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2011/1432 – 1433 Hijriah Bagi Malaysia



Dalamasa terdekat ini kita akan menyambut Maulidurrasul.Salam ukhuwah untuk semua umat Islam,semoga dapat memperbanyakkan amalan sunat pada bulan rabiul Awal ini.wassalam.

My next PC






Assalamualaikum..

Aku baru survay kat market barang-barang nak build satu biji pc lagi untuk kegunaan peribadi.Tapi kali ni mungkin kalau jadi,pc ni adalah yang "terpower'dikalangan pc-pc aku...bukan pc-pc orang kat luar tu..
Mobo ni adalah keluaran Asus crossair model IV formula.Data transfer rate dia up to 5200MT/s via HyperTransport™ 3.0 based system bus.Mobo ni juga menggunakan AMD 890FX Chipset..!so memang ngamlah ngan processor Am3.
Ini pula ialah processor yang bakal digunakan kat asus mobo tu,AMD Phenom II X2 555 3.2GHz.
Ram pula cuba masukkan Cossair Dominator GTS-DDR3 Hight Speed,kalau mahal sangat aku ingat nak masuk 2 GB dulu tengok macamana.
Graffic card ni pula merupakan salah satu barang agak mahal gak,keluaran GIGABYTE DDR5,aku tenguk kat area sini harganya memang melantun,tapi kalau kat Low Yat mungkin dpat separuh harga kot.
Last sekali part yang perlu ada dalam pc aku ni tak termasuk HDD ialah power supply yang tak berapa mahal sangat kot model Xilence XQ 1200W PSU.Apa-apa pun aku nak tengok dulu berapa budjet semua sekali kalau dah jadi sebiji pc.
Ok,siap nanti aku kasi update balik n3 nih...wassalam.

Kerajaan Nabi Sulaiman (AS)


Assalamualaikum..

Sebuah bagian dari dinding kota Yerusalem dari abad kesepuluh SM (antara 1000 SM dan 901 SM), ditemukan dalam penggalian arkeologi mungkin dibangun oleh Raja Sulaiman.

Bagian dinding, sepanjang 70 meter dan tinggi 6 meter terletak di daerah yang dikenal sebagai Ophel, antara Kota Daud dan dinding selatan Gunung Bait Suci di Yerusalem.

Jika usia dinding itu benar, maka penemuan itu akan menjadi indikasi bahwa Yerusalem adalah pusat pemerintah yang kuat dan memiliki sumber daya dan tenaga kerja yang diperlukan untuk membangun benteng besar pada abad ke-10 SM

Itu akan menjadi kunci jawaban perselisihan di antara ulama, raja Daud dan Sulaiman memerintah dari Yerusalem sekitar waktu itu.

Beberapa arkeolog Tanah Suci mendukung versi sejarah termasuk arkeolog di belakang penggalian, Eilat Mazar. Sedangkan yang lain menyebut kerajaan Daud sebagian besar adalah mitos dan bahwa tidak ada pemerintah yang kuat di masa itu.

Berbicara kepada wartawan di lokasi itu Senin, Mazar dari Universitas Ibrani Yerusalem, menyebut dia menemukan konstruksi yang paling penting dari tempat peribadatan di Israel.

"Itu berarti bahwa pada saat itu, abad ke-10, SM di Yerusalem ada suatu rezim yang mampu melaksanakan pembangunan seperti itu," katanya.

Berdasarkan apa yang dia yakini berdasar usia benteng dan lokasi, dia memperkirakan tembok itu dibangun oleh Sulaiman.

Friday, February 11, 2011

Minum mengikut sunnah Rasulullah(SAW)

Assalamualaikum...

Satu amalan mengikut sunnah jika dilaksanakan oleh kita mampu memberi kekuatan keimanan selain Allah memberikan ganjaran pahala.Setiap sunnah yang kita lakukan juga mmemberi kelebihan dan kebarkatan dalam segala urusan.Rasulullah memberi tunjuk ajar kepada seluruh umatnya mengenai adab sopan serta kelebihan mengenai satu-satu amalan walaupun pada pandangan mata kita nampat sesuatu yang ringan dan tak memberi apa-apa kesan.Contohnya bagaimana Rasulullah makan,minum,tidur dan banyak lagi.Update aku kali ni nak share bagaimana cara minum mengikut sunnah.
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.


Original post by DRS. KHALIL IDHAM LIM.