Thursday, July 24, 2008

Mengapa bulan julai Istimewa

Beri komen anda

Rahsia kelahiran July

Sedikit sebanyak saya ada melakukak kajian mengenai warga kelahiran Julai.
Mungkin ianya tidak semestinya tepat tapi sedikit sebanyak mungkin dapat membantu.
Biasanya kelahiran julai ini agak pendiam kecuali dirangsang,atau sebenarnya orang lain perlu memulakan dulu.
Mempunyai wibawa,harga dan maruah diri dalam agama,keluarga,masyarakat dan bangsa.
Dalam hidup,kelahiran julai sebenarnya tak suka menyusahkan org lain,mungkin kalau disusahkan oleh orang lain baru mereka bertindak.
Dalam aspek kejiwaan pula biasanya mudah dipujuk bila merajuk dan bercakap benar.Pandai menjaga hati serta peramah merupakan bonus bagi warga julai dan dalam masa yang sama warga ini sebenarnya berjiwa sentimental,mudah terluka dan mudah berjauh hati.
Walau bagaimanapun warga kelahiran julai sebenarnya mempunyai satu semangat peri kemanusiaan yang sukar ditandingi oleh mana-mana manusia di alam semesta ini iaitu tidak suka berdendam dan hasat dengki jauh sekali.Semoga sedikit ilmu yang saya kongsi ini boleh dijadikan pedoman atau pegangan untuk kita hidup dengan sidia dalam jangka masa yang singkat di dunia yang fana ini.Bagi yang baru mencari pasangan,tentukan benar-benar isi hati pasangan anda.Mungkin kalau pasangan anda lahir dalam zonjuly..siapa tahu blog ini dapat membantu..
Saya sudahi dengan wassalam,kita akan ungkap rahsia warga julai pada lain waktu..renung-renungkan dan jumpa lagi.

Batu Ferringgi Sunset

steave vai

Di lahirkan pada bulan Julai

Dilahirkan ke dunia ini pada pertengahan tahun.Bulan julai merupakan bulan kelahiran saya atau mungkin bulan kelahiran anda di luar sana juga.Apa keistimewan bulan ini pada anda?
Selain mempunyai 31 hari dalam sebulan,julai mempunyai banyak rahsia yang boleh kita ungkapkan bersama.Julai merupakan bulan yang mempunyai bilangan hari yang ganjil dan Julai itu sendiri mempamirkan angka bulan ke7 dalam kiraan 12 bulan.Mungkinkah orang yang lahir pada bulan ini mempunyai perwatakan berbeza dari kelahiran bulan-bulan lain?..atau kelahiran julai ini sememangnya berada dalam golongan orang berjaya,berkaliber,berketerampilan menarik,berpendidikan?
Kepada anda diluar sana yang sudi memberi atau berkongsi maklumat mengenai istimewanya bulan ini pada anda,bolehlah memberi sedikit pengalaman atau kelebihan yang ada pada anda yang lahir pada bulan Julai.
Dalam episod akan datang saya akan memberikan beberapa contoh pro dan kontra kepada anak-anak kelahiran Julai ini.
Sekian untuk kali ini dan saya sudahi dengan Wassalam.